Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Saturday 3 December 2011

Hikayat Is Ketam Ketam Bola .

Khas untuk Nur Istiharah..!! 


Enjoyyyy :3


************************


           "Nenek ! Bagilah Atin pulak pegang ! Dari tadi nenek aje yang pegang Eika . Gilir-gilirlah !"Fatin merayu pada Faizah yang ketika itu sedang asyik bermain dengan baby 'pasu' yang setelah diambil kata sepakat , Syafiqah nama diberi kepada baby tersebut .


Tiga hari tiga malam mereka sekeluarga bergaduh semata-mata ingin mencari nama yang sesuai untuk baby tersebut ..


        "Kita bagi nama dia Pasuriana sempena kita jumpa dia dekat pasu !"Faizah memberi cadangan . Beria-ria dia mengangkat tangan minta perhatian . Semua mata memandang .


       "Macam pau suri aje ~"Ain yang sedang membelek-belek buku Nama-Nama bayi dalam Islam , berhenti membelek apabila mendengar cadangan yang diberi emaknya .

 
      "Kau ni tak ada nama lain ke ? Kenapa mesti nak ada kaitan dengan tempat yang kita jumpa ? Dah lah nama macam bodoh aje . Tak bertamadun betul !"Aida memarahi kembarnya . Tak habis-habis bagi cadangan yang tak masuk akal . Tapi kembarnya itu memang tak ada akal pun .


     "Ya lah ! Ya lah ! Orang bagi idea je kot ! Tak berterima kasih betul ! Ermm.. Bunga Tahi Ayam okay tak ? Sebab dia kan terbaring kat sebelah pokok tuh !"Terbuntang mata Aida mendengar nama tersebut . Tangannya diangkat tinggi . Ingin mengetuk kepala kembarnya agar wayar-wayar dalam kepala kembarnya itu berfungsi seperti sedia kala .


     "Ehh ! Ehh ! Sorry Sory ! Gurau aje kot !"Faizah mengelak dari diketuk .


Bermulalah pencarian nama untuk baby 'pasu' tersebut . Pelbagai nama dicari , namun tiada satu pun yang sesuai . Sehinggalah Aini memutuskan untuk memberi nama Syafiqah . Kerana sudah kepenatan , mereka semua hanya mengangguk setuju .


     "Welkk . Tak boleh ! Tak boleh ! Nenek yang dapat dulu . "Faizah menjelir lidah ke arah Fatin . Eika dipeluk erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan .


     "Moyang ! Tengok Nenek ! Atin nak jugak pegang adik Eika !"Fatin mengadu kepada Aini . Aini yang sedang sibuk menyiapkan bekalan untuk perkelahan mereka berhenti daripada membuat kerja . Dipandang Fatin lalu dicubit pipi montel itu . Fatin tertawa riang lalu berlari ke ruang tamu .


    "Faizah ! Kamu ni macam budak-budak lah ! Dengan cucu sendiri pun nak bergaduh ! Tengok macam Aida . Baik aje dia layan si Fatin tuh . "


Faizah memandang Aida yang sedang galak menarik rambut Fatin . Menjerit-jerit Fatin apabila rambutnya ditarik . Bukan itu saja , pipi montel Fatin turut menjadi mangsa cubitan . Dicubit-cubit pipi budak genit itu . Habis merah jadinya . Memang kenan ketam betul kembar aku ni .


Faizah memandang emaknya yang sedang sibuk mengalihkan mee goreng ke dalam bekas tupperwear . Kuih karipap dimasukkan ke dalam plastik . Begitu juga dengan kuih keria dan popia . Beberapa pinggan plastik diambil lalu disumbatkan ke dalam bakul yang akan dibawa .



       "Mak ! Mak rasa , hari ini kita jumpa baby lagi tak ?"dengan slumber badak , Faizah menanyakan soalan yang tidak berapa bernas . Eika yang dari tadi dipegang , diletakkan di atas meja . 'Kalau tergolek , padan muka !'sempat lagi berkata dalam hati .


      "Oii ! Mulut ! Jangan dok cabul !"Aini menjeling anaknya itu . Cili yang dipegang tadi dicampak . Faizah mengelak .


     "Hehe . Gurau aje lah mak . Kalau jumpa pun apa salahnya . Hahaha"Faizah terus berlari ke depan . Kang tak pasal-pasal ada yang mati kena campak dengan tembikai .



     "Moyang ! Cakap nak pergi pantai !"Fatin yang baru tiba di sebelah Aini menghentak-hentak kakinya perlahan . Terasa ditipu hidup-hidup . Kononya mereka sekeluarga akan menghabiskan masa di pantai . Tapi dari tadi tak gerak-gerak . Buat penat bangun awal aje . Bila ditanya kepad nenek-neneknya yang kejam itu , dengan slamber mereka menjawab . "Kau layak ke pergi pantai tu ?" Buat sakit hati je cakap dengan nenek-nenek nya .



     "Mak kamu mana ? Pergi panggil mak kamu dulu ! Suruh dia cepat sikit ."Fatin terus berlari mencari emaknya .


Lima minit kemudian , Fatin kembali disebelah Aini . Tapi kali ini dengan air mata sekali .


     "Kenapa ni ?"Aini bertanya . Pelik melihat Fatin yang teresak-esak menangis .


     "Mama tu . Dari tadi sibuk dengan Kim Hyun Joong dia . Dia tak layan pun apa yang Atin cakap . Mama siap halau Atin lagi . Moyang ! Bila nak pergi ?!!"Fatin sudah mula meraung . Siap terguling-guling macam tenggiling kat lantai .


     'Aduhh . Boleh runtuh rumah aku kalau macam ini'


Tiba-tiba , Aini mendapat satu idea . Idea baek punyaaa ! Dia menjenguk ke ruang tamu . Kelihatan cucunya itu sedang melalak seperti orang hilang akal . Tarian Kim Hyun Joong yang sedang berlangsung itu , di tiru . Kim Hyun Joong ke kanan , dia ke kanan . Kim Hyun Joong ke kiri dia kekiri . Kim Hyun Joong melompat , dia melompat . Anak kembarnya pula sedang rancak bermain PS3 . Main lumba kereta . Dah macam orang gila bila ditengok . Apabila kereta mereka berlanggar sesama sendiri , kedua-dua nya sekali menjerit bagai tak ingat dunia .


Aini berlalu ke ruang tengah banglo mereka . Kotak suis dibuka . Sekali tekan aje ...


      Tappp...



      "Makkkk.!!!"


      "Opahhhh !!!"


 Aini ketawa jahat . Rancangannya berjaya .


************************


      "Yeayyy ! Laut ! Yayy !! "Fatin menjerit riang melihat laut yang kini sudah dihadapan matanya itu .


     "Sudah ! Sudah ! Keluar dari kereta cepat ! Toksah dok masam-masam lagi ! Kim Hyun Joong tuh boleh tengok lain kali . Tak lari de PS3 kat rumah tuh . Cepat !"Aini memberi arahan . Mereka bertiga keluar dengan terpaksa .


    "Tuh si Eika tu , takkan nak biarkan kat situ pulak ?"Aini menjerit memanggil anak-anak dan cucunya yang sudah menonong berjalan ke arah sebatang pokok kelapa .


    "Ain . Pergi ambil anak kau tuh !"Faizah menyuruh anaknya .

 
    "Kenapa Ain pulak ? Mak lah ! Mak yang jumpa budak tu !"


    "Aida ! Kau lah ambil . Dulu beria -ria sangat nak baby tuh"Faizah mengarah Aida pula .


   "Bukan aku lah ! Ain yang nak sangat !"

Putik-putik pergaduhan sudah mula ber-ura keluar . Tiba-tiba Fatin datang dengan Eika berada di sebelahnya .


   "Ya Allah !"Ain menjerit apabila melihat Eika yang sedang berdiri dan tangannya berada dalam genggaman Fatin .

  
   "Eee . Eee. . Budak ketot ni dah boleh jalan !"Aida menjerit riang !


  "Erkkk.. Pasu pun boleh berjalan ke ? Bukan sepatutnya pasu statik ke ?"Faizah bertanya pelik .


Dan kegembiraan mereka kerana melihat Eika berjalan disambut dengan meriah sekali .



*********************


     "Mama ! Jom lah cari ketam ! Petang tadi dah janji !"Fatin bertanya . Pada ketika itu mereka semua sedang duduk mengelilingi unggun api yang 2 jam berusaha , baru boleh menyala . Ini semua gara-gara Aida yang orang mencurah air yang disangka minyak tanah ke atas kayu . Bengong betul !


    "Tunggu lah nenek dengan moyang habis makan dulu . Lepas ni , baru kita pergi ya ?" Ain memujuk Fatin .


    "Buat apa nak cari ketam ? Balik nanti pergi kat Giant sudah lah ! Ada banyak ketam ! Kalau nak yang dah masak , kedai Pak Labu tuh ada jual . Buat habis karen aje pergi cari ! "Faizah yang sedang asyik meratah ikan kembung bakar membebel tidak setuju .


    "Kamu ni Faizah . Ikut aje lah . Nanti kamu juga yang makan ."Aini mempertahankan cicitnya .


    "Ala mak ! "Faizah membangkang .


    "Kang mak bakar poster Faizal Tahir kamu kang !"Aini mengugut .


    "Mana aci main ugut camtu !"Faizah membentak .


    "Hahaha . Nenek ni biul lah"dengan slamber badak Fatin mngutuk . Faizah mengambil sebiji kerang bakar lalu dicampak ke Fatin . Tepat melekat kat muka Fatin .


    "Mama !!"Fatin menangis . 'Puas hati aku !'Faizah tergelak kemenangan .


*********************


    "Ketam oh ketam ! Dimana engkau sorok !"Fatin menyanyi kecil . Pada ketika itu , mereka semua sedang sibuk mencari ketam di celah-celah batu .


    "Dekat Giant aku menyorok ! Jangan cari aku ! Jangan cari aku !"Faizah menyambung lagu yang dinyanyikan Fatin tadi dengan sinis .


    "Nenek ni ! Selalu sangat kacau Atin !"Fatin membuat muka tak puas hati . Faizah menjelir lidah .


    "I HATE YOU , Nenek !"Fatin menjerit kuat .
 
 
  "Believe me , Darling ! I hate you too !"Faizah membalas dengan selamba .


    "Arghh !!"Fatin menghempaskan punggungnya di pasir . Tanda protes ! Aini hanya mampu menggelengkan kepala .


    "MAMA !!!" tiba-tiba Fatin menjerit ! Semua yang tadinya sibuk menjolok ketam tersentak mendengar jeritan Fatin yang lain macam itu . Sudahlah di malam hari .


    "Kenapa ni ? Kenapa ?"Ain bertanya cemas . Yang lain sudah mula mengerumuni Fatin yang sudah menangis .


    "Bontot Atin . Sakit ! Macam kena cubit !"Fatin ter-esak-esak .Aida yang memegang lampu suluh menghalakan lampunya ke lantai pantai . Ke  kiri , ke kanan , ke kiri  dan ...



   "Arghhhhh ! Hantu !"Aida menjerit apabila melihat suatu objek kecil yang sedang dalam posisi merangkak !


   "Mana ! Mana !"Aini yang terkenal dengan sikap penakutnya mula menjerit .


Ain merampas lampu suluh dari tangan Aida dan menghalakan ke arah yang disuluh tadi . Kelihatan 'objek' itu dalam posisi merangkak . Matanya bercahaya apabila disuluh  . Apabila disuluh dan diamati dengan lebih lama , baru lah dapat dicam . Ianya adalah seorang baby !


   "Itu baby lah !"Ain menjerit . Dihampiri baby itu lalu diangkat .

  
  "Woi ! Janganlah ambil ! Entah-entah itu hantu !"Aini memarahi cucunya . Fatin yang sudah reda dari tangisnya menghampiri Eika yang dalam genggaman tangan moyangnya . Digenggam tangan adiknya itu .


   "Ouchh !"Hampir terlepas baby dalam dakapan Ain tadi kerana baby tadi tiba-tiba mengetip tangan Ain dengan jarinya . Baby 'ketam' itu diletakkan di tanah . 'Ketam' itu berjalan menghampiri Fatin dan Eika . Mungkin sebaya Eika kerana 'ketam' ini sudah boleh berdiri dan berjalan .


   "Walaweh ! Jangan cakap yang 'ketam' ni pun akan duduk dengan kita !"Faizah menggaru kepalanya  yang tak gatal tu .


   "Hmm . Memang akan duduk lah nampaknya ."Aida mengeluh perlahan . Eika dan Fatin seperti sudah dapat menerima kehadiran 'ketam' itu kerana dengan sekelip mata sahaja mereka sudah berkejaran di tepi pantai .


   "Adoi ! Masinnya mulut kamu Faizah ! Dah dapat cicit barulah nampaknya . Bertambahlah keluarga kita ."Aini menggeleng perlahan .


    "Yeayyy ! Bertambah-tambahlah anak Ain !"Ain menjerit riang .


    "Apa nak bagi nama kat 'ketam' tu ?"aini bertanya . "Hahh , Faizah ! Jangan bagi nama yang pelik-pelik pulak !"sempat lagi dia me-warning anaknya yang seorang itu .


   "Alaa . Baru pikir nak bagi nama Is ketam-ketam bola . Macam dalam TV tuh .."


   "Hahh ! Apa kata kita bagi nama Istiharah ! Jadilah Is ketam-ketam bola !"Aida memberi cadangan .


  "Akhirnya ! Tak payah susah-susah pikir ! Okayy . Now , the 'ketam' name is Istiharah !"Aini memberi kata putus .


  "Istiharah a.k.a Is ketam-ketam bola !"Faizah tersenyum lebar . Pertama kali nama yang diberi diguna pakai . Huhuhuhu . Terharunyaaa ~


********************************


Another story yang sangat mengarot ! Dah kurang idea lah . Soryyy kalau tak best ! Maaf sangat-sangat ! 


P/s : To my another third cucu , Nur Istiharah ..!!! Khas untuk beliau (;

Hikayat Noname si Pasu .

Khas untuk Syafiqah Mustafa @ Noname !!



Enjoyyy :3




***********************


          "Opah nak tengok Beast ! Ketepi , ketepi !"Aini menukar siaran TV3 yang sedang ditonton mereka sekeluarga ke siaran KBSW yang menayangkan kumpulan pujaan hatinya yang tengah menari  bagai orang gila itu .


         "Alaaa mak ! . Saya nak tengok Faizal Tahir saya ! Tukar lah balik !"Faizah mengambil remote control dari tangan emaknya dan menukar ke channel TV3 . Faizal Tahir sedang menyanyi lagunya dengan penuh penghayatan .


         "Atin nak tengok Spongebob !"Fatin merengek .Diambailnya remote itu dari tangan neneknya lalu menukar ke siaran kartun yang digemarinya itu .


         "Dari tadi korang aje yang tengok ! Bak remote tuh . Ida nak tengok Hell Kitchen ! Hensom woo chef dia !"Aida merampas remote dari tangan Fatin lalu menukar siaran yang menayangkan cerita masak-masak yang terkenal itu .


         "Mama ! Tengok nenek ! Dia tak kasi Atin tengok Spongbob ! Atin nak tengok !"Fatin mula menangis .


           Plakkk...


        "Hahh ! Habes cerita ! Takde siapa boleh tengok !"Ain mencabut plag TV rumahnya itu .


        "Opah tak payah tengok Beast ! Mak tak payah tengok Faizal Tahir ! Mak Ida tak payah tengok Hell Kitchen  ! Atin pun tak payah tengok Spongebob ! Kan senang . Habis cerita ."


        "Alaaaaaa ..."Aini , Faizah , Aida dan Fatin menjawab serentak .


        "Ain ! Bukak lah balik . Mak nak tengok Faizal Tahir lah ! Kang nanti mak tak dapat tidur malam pulak !" Faizah mengarah anaknya .


       "Tak de ! Tak de !"


      "Kang Opah sumpah kau jad batu kang ! Baru tau ! Buka cepat !"Aini menggertak cucunya itu .


      "Welkk ~ Mana ada nenek sumpah cucu . Kalau mak sumpah anak adalah ! Kan mak kan ?"Ain membalas sambil menjelirkan lidah . Faizah yang mendengar mengangguk laju .


      "Mama ! Mama ! Kalau anak sumpah mak boleh ke ?"Fatin yang dari tadi mendengar bertanya .


     "Tah ! Mama tak tau pulak . Kenapa ?"


     "Atin nak sumpah mama boleh ?"Fatin bertanya sambil membuat muka comel .Matanya dikerdip-kerdipkan berkali-kali .


     "Amboi kau ! Suka-suka aje nak sumpah mak kau ini ! Jangan tidur dengan mama malam ini !"


     "Atin tak kisah . Atin boleh tidur dengan nenek Ida ! Kan nenek kan ?"


     "Eee ~ Siapa nak tidur dengan kau ? Tak kuasa den nak tidur dengan budak comot cam kau ! "Aida menjelir lidah kepada Fatin .


     "Mama !!!!Tengok nenek ! "Fatin merengek menarik-narik baju Ain . Faizah dan Aida sudah berdekah-dekah ketawa .


     "Sudah-sudah lah tu . Jom tolong nenek kat laman . Kita tanam bunga !"Aini menamatkan coversation anak-beranak itu .


    "Saya sakit perutlah mak !"Faizah cuba mengelak . Dia sebenarnya malas nak mengotorkan tangan dengan menanam bunga yang tah apa-apa tu .


   "Orang tanam bunga pakai tangan , mana ada pakai perut ! Tak ada kena mengena , kan ?"

 
   "Ada lah moyang !"Fatin menyampuk ! Kesemua mata memandang kearahnya .


   "Cuba moyang bayangkan , tengah nenek bongkok-bonkok nak tanam bunga , sekali dia terkentut ! Mati semua pokok moyang bau gas asli yang keluar dari badan nenek tu . Kesian pokok ! Ajal tak panjang !"


Terbuntang mata Faizah mendengarnya . Dicubit pipi Fatin , kuat ! Yang lain ketawa mendengarnya .


     "Sudah ! Sudah ! Semua kena turun tolong ! Kalau tak , jangan harap boleh makan malam ini !"

Apabila mendengar arahan yang keluar dari mulut Queen itu , semua terpaksa menurut . Takut !



**************************


      "Mama ! Jom main bola !" Fatin menarik tangan Ain yang sedang menggali lubang itu .Bola ditangan kiri dipeluk erat . Seperti orang ngantuk disorong bantal , Ain terus bersetuju . Dia sebenarnya sudah penat gali lubang yang tak sudah-sudah ini . Dibawa Fatin ke tengah laman .

   
      "Nenek nak join !"Faizah terus berlari mendapatkan anak dan cucunya . Sudip tangan dicampak ketepi .


     'Eeee ! Mana aci ! Diorang senang lenang main bola , aku kat sini macam orang bodoh !' Aida berkata dalam hati .

   
     "Mak ! Orang nak main bola tau ! Bye !"Tanpa mendapat persetujuan Aini , AIda terus berlari ke tengah laman .


    "Oii ! Oii ! Ada aje alasan korang ya ! Siap lah korang nanti !"Aini yang sudah arif benar dengan perangai anak dan cucunya itu membebel marah .


Di tengah laman ...


    "Aikk ? Camna kau lepas ?"Faizah yang baru nak sepak bola , terhenti apabila melihat Aida bersama mereka .


   "Hehehe . Pakai otak lah der ! Wa bukan cam lu !"Aida memerli Faizah . Faizah menumbuk bahu Aida kuat .


   "Aku rasa mak tu dah gila lah ! Punya lah penuh laman ni dengan pasu bunga , ada hati nak tanam lagi . Psiko betul . Dia tu memang boleh jadi pekebun berjaya lah !"Aida mengutuk emaknya Aini .


   "Nenek ! Cepatlah tendang ! Dari dok tambah dosa mengumpat moyang , baik main bola !"Fatin menjerit dari arah gol .

 
   "Aikkk ? Cucu kau tuh ada sixth sense lah !"Aida pelik . Macam mana budak tu boleh tau ?


  "Cucu aku , cucu kau jugak !"Faizah menempelak .
 

   "Cepatlah mak !!!!!"Ain pula mula menjerit marah ! 'Bongok punya orang tua ! Kalau nak ngumpat pun , pergi lah tempat lain . Dah lah panas ! Boleh pulak dia buat dosa dulu ' sempat lagi Ain mengutuk dalam hati .


   "Ya lah ! Ya lah !"Faizah meletak bola di hadapan kakinya .


    "Tendangan api Ronaldhino !"Faizah menendang bola . Kuat !


  
    'Panggggg..!!"



************************



      "Faizah ..!!"Aini menjerit melihat pasu bunganya pecah berderai apabila terkena tendangan Faizah .


     "Alamak ! Macam mana boleh kuat pula !"Faizah menepuk dahinya kuat . Dia memandang ke arah Aini . Kelihatan Aini berlari ke arahnya dengan kait ditangan .


    "Habislah kau ! Raksasa dah datang !"Aida ketawa mengekek . Faizah menjeling tajam .


   "Siapa yang buat itu ?"Aini bertanya kuat kepada Faizah . 'Kura-kura dalam perahu . Pura-pura tak tahu pulakk 'Faizah mengutuk dalam hati .


   "Ronaldhino mak !"


   "Apa ?!"


    "Nenek , Opah ! Nenek ! Nenek yang buat !"Fatin menyampuk . Siap menuding-nuding jari lagi kearah Faizah ! Faizah menunjuk penumbuk . Fatin menjelir lidah .


    'Siap lah kau budak kecik ! AKu tibai kau nanti , baru tau !'Faizah merenung tajam mata Fatin seperti menghantar mesej ringkas itu .


    'Atin tak takut !'Fatin membalas seperti memahami .


   'Tak takut ae ? Tengok lah nanti , nenek buang PowerRangers kau !'


  'Ala . Janganlah !!!'Fatin buat muka kesian .



       "Uwekkkkk...Uwekkkk.."


Kedengaran suara tangisan di tepi laman . Mereka saling berpandangan .


       "Uwekk..Uwekkk.." Tangisan itu kedengaran lagi . Tapi makin kuat .


      "Bunyi apa tu mak ?"Ain bertanya kepada Faizah .


      "Harimau kot"Faizah meneka .


      "Bongoklah nenek ni . Bunyi harimau pun tak tau ! Bunyi harimau kan 'aummmmm..' . Mana ada 'uwekkk' ... "Fatin mengutuk Faizah . Faizah meluku kepala Fatin .


       "Itu bunyi baby lah . Tapi kat mana datangnya ?"Aini memberi pandangan .


Faizah bergegas berlari ke arah pasu yang pecah tadi . Aini dan yang lain-lain terpinga melihat Faizah yang tiba-tiba itu .


        "Mak ! Ada baby lah kat sini !"Faizah menjerit kuat . Mereka semua bergegas lari ke arah Faizah .


       "Ya Allah ! Kepala dia benjol lah . Besar pulak tuh ! Macam telur ayam !"Ain menjerit kecil .


       "Ayokk ! Ini semua salah nenek ! Mesti bola tadi terkena kat kepala dia . Sebab tuh benjol macam telur !"Fatin memberi pandangannya .


      "Apasal pulak salah nenek ? Salah bola lah ! Siapa suruh jatuh kat kepala budak ni !"Faizah menidak keras !


     "Korang ini macam budak-budak lah ! Itu pun nak gaduh !"Aida menjeling .

  
     "Atin memang budak . Nenek aje yang tak sedar diri !"


     "Eeeii budak ini ! Memang teringin makan penyepak !"Faizah mula menyirap .

 
    "Sudah ! Sudah ! Sekarang ini , kita nak buat apa dengan baby ni ?"Ain bertanya . Baby itu sudah berada di dalam pelukannya .


    "Kita ambil dia jadi adik Atin boleh ?"Fatin bertanya . Ain memandang Aida dan Faizah . Meminta persetujuan .


    "Tanya Opah kau !"


    "Boleh tak Opah ?"Ain bertanya .


     "Ikut suka korang lah !" Aini memberi persetujuan .


     "Yeayyy ! Dapat adik baru !"Fatin menjerit riang !


     "Yeayyy ! Dapat cucu baru ! Lepas ini , nenek main dengan baby ni aje . Kitorang dah taknak main dengan Fatin lagi ! Welkkk ~ "Faizah bertepuk riang . Aida mengangguk setuju ..


    "Mamaaaa !!! Tengok nenek !!"Fatin mula menangis . Ain hanya menggelengkan kepala melihat perangai emak dan anaknya itu .


    "Haishh ~ Dah ! Masuk ! Kita cari nama budak ni pulak !"Aini mengarahkan keluarganya masuk .


   "Pasu bunga !!!"Faizah menjerit memberi cadangan .


   Ktukkk !!


    "Bagi nama elok-elok sikit yaa ! Dah masuk ! Pikir kat dalam !"Aini memarahi anaknya . Faizah mula memuncungkan mulutnya . Kepala yang diketuk , diusap perlahan . 'Bagi cadangan pun nak marah !' . Aida tertawa kecil melihat kembarnya . 'Tengah kutuk mak dalam hati lah tu' .




************************************



P/s : To My Second cucu -Syafiqah Mustafa . Soryy kalau tak best macam yang lain .

Friday 2 December 2011

Hikayat Fatin si Trolii .

Khas buat Fatin Adila Muhammad ..!!


Enjoyyyy :3



*************************


Beberapa tahun kemudian .....

   

                "Ain..!!" Aini menjerit memanggil nama cucunya . Cucu yang hanya Faizah seorang sahaja yang tahu mana asal-usulnya . Cucu yang disangka dijumpa di tepi sekolah tetapi sebenarnya seorang manusia jadian hasil perkahwinan antara 'dead mother with her son' and 'dead father seek for revenge'  . Erkkk.. Senang kata , antara Pocong dengan Pontianak lahh .


              "Ya Opah ?"Ain yang sedang sibuk menggali lubang untuk menanam sayur menyahut dari luar rumah.


             "Sini kejap ! Mai tolong Opah sat !"Aini menjerit lagi .


            "Kejap Opah . Ain tengah busy !"

   
           "Hang tengah buat apa tuh ? "


           "Gali lubang kubor untuk Opah , pah !"

         
           "Hahh ?! Apa dia ?"


          "Bukan bukan ! Gali lubang untuk tanam kubis , Opah !"Ain menjerit untuk menutup ketersasualan nya sebentar tadi .'Lubang kubur Opah dah lama saya buat , Opah ! Tunggu masa nak sumbat Opah aje dalam tuh !'Ain menyambung dalam hati .


          "Alaa . Lubang tuh nanti-nanti lah hang buat ! Mai tolong Opah sat . Urgent ini !"


          "Ya kejap ! Bagi Ain lima minit nak basuh tangan !"


Lima minit kemudian.....


          "Opah nak Ain tolong apa ?"Ain yang baru lepas basuh tangan bergegas ke arah Opahnya yang sedang sibuk mengupas bawang dengan linangan air mata itu .


          "Hang pi Giant sana . Hang bolikan Opah ayam dua kilo dengan rempah kari sekali"


         "Kalau pergi kat kedai Pak Abu Sayong depan tu je tak boleh ke ? Penat lah nak menapak pergi Giant tuh . Dah lah jauh"


        "Tak boleh ! Giant tengah offer sekarang ini . Sekilo rm5.60 . Dekat Pak Abu sana nun , sekilo rm5.70 .Cekik darah betoi !"


        "Lah Opah ~ Beza seposen aje kot ! Takkan itu pun nak berkira ? "


        "Kalau beli dua ekor , dah beza dua posen . Kan banyak tu ! Hidup ini kena berjimat cermat !"


        "Dua posen pun nak berkira ke Opah ? Apa lah sangat dua posen tuh nak dikirakan dengan tenaga Ain yang penat nak menapak ke sana !"Ain mengeluh .


        "Dua posen kau cakap sikit ? Dua posen tuh , kalau ditukar jadi kredit Maxis , Opah boleh mesej Babat Opah tuh , sampai dua puluh mesej tauu ! Sudah ! Sudah ! Pergi aje lah ! Kang Opah debik kang !"Aini menghulur not rm50 kepada Ain . Ain mengeluh lalu mengambil duit tersebut . Sempat lagi dia mengutuk Aini di dalam hati . 'Bila lah Opah ni nak mati . Menyusahkan betul !'



****************************


 Ain melangkah keluar dari Giant dengan perasaan yang tenang . Air kotak Laici di tangan dihirup perlahan . Habis saja air di tangan, dikeluarkan pula coklat Cadbury : Blackforest dari dalam poketnya . Coklat itu dimakan dengan hati yang riang . Earphone disumbat ke dalam telinga . Berkumandang lagu Break Down dari penyanyi Korea pujaan hatinya . Kim Hyun Joong ~


Untuk pulang ke rumahnya , Ain terpaksa melalui sebuah lorong kecil diantara kedai-kedai  yang penuh dengan sampah merata tempat .
Semasa melalui lorong tersebut , tiba-tiba Ain ternampak timbunan kotak yang berkumpul di belakang lorong tersebut , bergerak-gerak . Ain terpaku seketika . Timbunan itu dipandang lama .


Kerana perasaan ingin tahu bersarang di hatinya , Ain melangkah ke arah timbunan itu . Dengan perlahan , kotak-kotak itu ditolak ketepi .


        "Argghhh !! Raksasa !"Ain menjerit setelah melihat apa yang berada di sebalik timbunan itu .


Terdapat sebuah troli(yang macam troli kat Giant tuh) dan di dalam troli tersebut terdapat seorang budak . Seorang budak peremuan kecil yang mungkin usianya dalam linkungan dua atau tiga sedang duduk dengan kedua lututnya dirapatkan . Budak itu kelihatan terkejut melihat Ain . Muka budak itu begitu comot sekali . Rambutnya yang sarabut sudah mengalahkan AlleyCat . Baju yang disarung di tubuhnya amatlah tidak padan dengan badannya yang tersangatlah 'cikeding' kerana baju itu tersangatlah besar !


Budak kecil itu menangis apabila melihat Ain . Ain mula kalut . Coklat ditangan dihulur kepada budak kecil yang seperti pelarian somalia itu . Namun ditepis . Coklat itu terlepas lalu tergolek jatuh ke atas tar . Terbuntang Ain melihat perilaku biadap budak itu . Tidak padan dengan kecil . Kalau ikutkan hati , ingin saja dia hadiahkan flying-kick dan berlalu pergi meninggalkan budak itu . Namun nasib baik dirinya penuh dengan iman . Disabarkan hatinya seketika .


        "Uwekkk..!!"Budak kecil itu mulai menangis . Ain semakin kalut . Ditepuk perlahan badan kecil yang berdiri dihadapannya . Budak itu masih menangis .


        "Ala anak mama sayang . Ucuk-ucuk ! Intan , payung , batu kerikil , batu-bata , batu sungai , batu api dan sewaktu dengannya . Jangan lah menangis . Mama ada ini . Nanti mama upah susu ya ?"Ain mengajuk kembali ayat yang selalu maknya guna jika dia menangis suatu ketika dahulu . Dipeluk kejap budak kecik itu .


 Selepas puas memujuk , barulah budak itu kembali diam .

        "Adik , mana mak adik ? Kenapa adik duduk sorang-sorang kat sini ?"Ain bertanya lembut .


        "Mama !"


        "Mama adik kat mana ?"


       "Mama !"


      "Adik sesat ke ?"


      "Mama !"


       "Siapa nama adik ?"


       "Mama !"


Ain mulai menyirap .

        "Kau ni dah kenapa ? Aku tanya mana mama kau !? Kau pekak ke ?!"Ain meninggikan suaranya .


        "Mama ! Mama !"budak itu turut meninggikan suaranya juga .


        "Eee ! Kau ni memang nak makan penampar betul ! Dah lah ! Dari layan kau baik aku balik tengok Kim Hyun Joong aku ! Bongok punya budak !"


Belum sempat Ain berlalu pergi , budak itu sudah terlebih dahulu memeluk Ain sambil teresak-esak menangis .


        "Mama ! Mama ! "Budak itu menangis dalam pelukan Ain . Ain menjadi sayu .


        'Mak dengan Nenek marah tak kalau aku bawak budak ni balik ? Ermmm .. Tak kot . Lantak lah . Bawak je lah .'


         "Adik , jom ikut akak !"


          "Mama !!"


         "Ya ! Ya ! Jom ikut Mama !"


         "Yayyy ~"Budak kecil itu menjerit riang kerana sudah berjaya menemui 'mama'nya .



******************


         "Ya Allah ! Ain ! Opah suruh beli ayam . Yang kau beli orang ni kenapa ?"Aini bertanya marah kepada cucunya , Ain .


         "Alaa Opah . Budak ni yang nak ikut Ain ! Bukan salah Ain !"Ain membela dirinya .

  
         "Tak pe lah mak . Biarkanlah dia . Lagipun budak ni memang dah jumpa kat dalam troli , nak buat macam mana . Kang tinggalkan sorang-sorang , kesian pulak . By the way , tak payahlah mak susah-susah nak suruh kitorang semua kahwin . Tengok ! Mak dah dapat cucu and cicit ekspress ! Kan senang !"Faizah memberi pendapatnya . Sebenarnya , membela anaknya itu .


         "Betul cakap Faizah tuh , mak !"Aida , kembar Faizah mengangguk setuju .


        "Apa nama budak ni ?"Aini mula lembut hati mendengar kata-kata anak-anak nya .

      
         "Troli ! Sebab Ain jumpa dia kat dalam troli !"Faizah memberi cadangan .


          "Apa ke buruk beno bunyinya mak ?"Ain membangkang nama yang diberi maknya .


          "Kalau gitu , nama kau pun kena tukar sekali lah . Loji ! Sebab mak dulu jumpa kau kat loji !"Aida memerli kembarnya , Faizah . Aini dan Ain ketawa mendengarnya . Faizah membuat muka masam .


          "Atin ! Atin !"Budak kecik yang dari tadi hanya mendengar mula besuara seolah memahami butir bicara moyang , nenek-nenek dan mak barunya .


          "Hahhh ?!! Air tin ?"Aini yang mempunyai masalah sound trouble itu mengerut dahinya .


          "Bukanlah Opah ! Fatin ?"Ain bertanya kepada budak kecik itu . Budak itu mengangguk .


           "Hahh ! Nama dia sekarang Fatin ! Opah , nama dia Fatin ! Mak Ida , nama dia Fatin . Mak , nama dia fatin . Bukan TROLI ! Fatin , panggil kita , MAMA ! Tau ?"Ain bersuara girang .


            "Haishh ~ Apalah nasib . Mula-mula dapat anak-anak ekspress . Dah tu , cucu ekspress . Sekarang pulak , Cicit ekspress . Nasib-nasib !"Aini mendengus perlahan .



************************************


p/s : To cucuku , Fatin Adila Muhammad -Nenek dah siap kan sejarah hang ! Sorry kalau tak best :(
     

Hikayat Si MentolAin

Ini sambungan dari Hikayat Puteri Ketambun dan Hikayat Nenek dan Kembar .
Kalau dah bacer yang pertama and kedua , baru korang akan paham . Tauuuu ..!!


Enjoyyyy :3


******************************
Beberapa tahun (yang tak dapat dipastikan) kemudian............
    


                       Dumm .. Dummm ..

Bunyi petir dan guruh kedengaran . Faizah yang baru pulang dari sekola malamnya , berlari meredah hujan walaupun hujan yang tadinya renyai sudah semakin lebat .Tidak dihiraukan langsung bajunya yang sudah lencun .

   
        "Habislah . Mengamuk mak nanti kalau aku sampai lambat ! Haishh ~ Ni semua salah Amira ! Siapa suruh 'batak' kat aku video Mblaq dia ! Kan dah kena penyepak free ."Faizah membebel sendirian . Terkenang kembali kejadian yang berlaku tadi . Habis meja kerusi melayang gara-gara begitu marah dengan Amira yang tak habis-habis belagak pasal kemewahannya itu . Hatinya berasa puas selepas berjaya memberi sayap free kepada Handphone Amira . Melayang handphonne minah tu terhempas ke dinding . Huhhhh !


Sedang dia membebel-bebel , dia terdengar sayup-sayup tangisan . Faizah terpaku seketika . Matanya memerhati sekeliling . Hutan yang tebal berada di sebelah kanannya manakala terdapat sebuah rumah kosong di sebelah kirinya . Jam tangannya di pandang sekilas . 11.50 p.m.

     "Ada lagi sepuluh minit . Kenapa hari ini 'dia' keluar awal ? Lek lah dulu ."


Faizah menelan air liur nya berkali-kali . Ketakutan sudah menguasai diri . Macam mana nak larikan diri ini ? Kaki sudah terpaku seolah di gam disini .


Suara tangisan bayi tadi kedengaran semakin kuat . Dengan berani , faizah memerhati sekelilingnya . Sebaik sahaja pandangan kornea matanya tiba di atas bumbung , dia terpandang suatu objek yang berbalut dengan kain . Objek itu kecik seperti bayi . Dah sah lah bayi ! Bayi yang elok terletak di atas bumbung itu menangis dengan kuat . Faizah yang kelihatan blurr hanya memandang .

      'Baik aku pergi sebelum bayi tuh tergo...'

Belum sempat Faizah menghabiskan ayatnya , bayi tadi mula bergerak-gerak . Ke kanan , ke kiri , ke kanan dan.........

     "GOLLLL..!!!"dan  terus terjunam masuk ke dalam longkang . Faizah menjerit riang . Dia terus berlari ke arah longkang tadi .

Faizah mengambil bayi yang sudah terlangkup dalam lonkang tadi . Muka bayi tadi dipandang .

   "Eh eh . Putihnya kulit dia . Macam hantu pulak . Hahaha . "

Kain yang membalut tubuh bayi itu pula dipandang .

   "Mak aii ! Kain sutera lah yall ! Warna pink pulak tuh ! Fuhh~ Gila canggih hantu sekarang , Dah tak main dah kain-kain kapan lagi . Kain sutera buatan India kauu ! Gempak lahh !"teruja Faizah melihat kain tersebut .

   "Erkkk....Kalau aku bawak balik , mak marah tak ? Ermm . Tak kod . Dapatlah mak cucu ekspress ! NgehhhNgehhNgehh.." Bayi tadi dikendong lalu dibawa pulang . "Nama kau Nurul Ain ! Okay ? Heee"


*******************************

Dia atas pokok sebelah rumah kosong....

    "Sabar lah Cik Ti . Anak kita dah selamat sekarang ini . Ada manusia yang baik hati akan menjaganya ."

     "Ye lah bang cong . Ti redha !"Cik pontianak menangis dalam pelukan suaminya , Abang Pocong !


**********************************


#Habis bahagian 3 . Ada lagi tauu !!Tinggal bahagian-bahagian untuk cucu-cucu pulak !


P/s - To Nurul Ain Ibrahim , awak ni asal dari keluarga hantu tauu ! Ngeeee ><

Hikayat Nenek dan Kembar .

Ini sambungan dari Hikayat Puteri Ketambun . Tentang aku dan kembar aku ,Nor Aida .


Enjoyyyyy :3


******************************

Terdamparlah Puteri Ketambun di sebuah Kerajaan Bumi yang tidak tahu namanya setelah dibuang Kerajaan Air Batu Cendol . Sebelum dibuang , Sultan Gurindam telah mengingatkan Puteri Ketambun agar menukar namanya bagi mengelak dia diancam bahaya .  Puteri Ketambun telah menukar namanya kepada Aini a.k.a Jamban sementelah dia dibuang kerajaan melalui jamban istana .


Aini yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi , bagaikan Gorilla masuk City Square kerana begitu teruja melihat sekelilingnya . Ada manusia sepertinya tetapi lebih 'miskin' lagi kerana baju yang dipakai mereka semuanya ketat-ketat dan pendek-pendek .

     "Ahh ! Kesiannya mereka . Kerana begitu miskin , baju pun hanya satu meter . Tidak mengapalah , nanti bila aku pulang ke kerajaan ku , akan ku sedekah kain untuk mereka ."Aini begitu sedih melihat orang-orang disitu tanpa dia ketahui bahawa itu sudah menjadi trend manusia di bumi .

    "Masya-Allah ! Hey kamu ! "Aini menjerit memanggil seorang gadis yang berpakaian tanpa lengan yang berjalan di hadapannya . Gadis yang terasa dirinya dipanggil , memandang ke arah si pemanggil .

   "Ya kak ?"

   "Saya tahu hidup awak terlalu miskin sampai terpaksa berkemban untuk keluar , tapi ... "

   "Kau ini kenapa ? Gila ?!"Gadis itu terus berlalu pergi dengan marah .

  "Orang tegur pun nak marah . Moon Coming lah tu "Aini mencebik .


************************

Sudah dua jam dia berjalan-jalan dia bumi itu . Namun tiada apa yang dia jumpa .Perutnya sudah berlagu-lagu menyanyikan lagu dangdut , minta di isi .

    "Sabarlah perut .Aku pun lapar juga"

Aini menyambung langkahnya yang tiada hala tuju itu . Tiba-tiba , dia ternampak sebuah kolam yang berwarna hijau . Kolam itu berpagar di sekelilingnya .

   "Wahh ! Sungai ! Mesti dalam itu ada banyak ikan . Tapi kenapa warna hijau ? Ermm .. Mungkin di Bumi air sungai bewarna hijau ."Aini cuba menyedapkan hatinya .

   "Macam mana nak masuk ? Ermm . Hahh ! Jumpa pun !"melalui sebuah lubang kecil , Aini memasuki 'sungai' itu tanpa membaca papan tanda yang terdapat di luar 'sungai' itu .



                                                   Loji Kumbahan Taman Melewati
                                                             Beware of the Shit !



******************************



Berbekalkan jaring yang dirembat dari rumah mak cik timah , Aini pun memulakan operasi menjaring 'ikan' .
Dicedok-cedok air didalam 'sungai' itu . Namun tiada apa pun yang di jumpa . Hanya lah 'tahi' yang disangka lumut .

     "Mana ikan ni . Dah dua jam aku sauk . Satu apa pun tak jumpa . Sabar Aini , sabar !"

Aini sambung menyauk kembali . Peluh di dahi tidak dikhuatiri . Di dalam kepala ada misi . Perut yang bising perlu di isi !

Tengah Aini menyauk , tiba-tiba dia mendengar suara tangisan bayi . Dia menoleh kanan , kiri , atas , depan . Namun objek yang dicari tidak dijumpai . Aini mula beras seram sejuk .

    "Wahai hantu , janganlah keluar sekarang . Kalau nak keluar pun , tunggu lah aku habis makan . Lapar ni "

Tangisan tadi terus berbunyi . Aini sudah tidak dapat menahan diri . Bunyi bising itu harus dicari . Buat ikan aku bertempiaran lari !

   "Ehh apa tu ?"

Nun jauh di seberang sana , kelihatan dua orang bayi sedang merangkak-rangkak ke arahnya . Sedang bayi itu merangkak , tiba-tiba salah seorang daripadanya tegelincir lalu elok je tergolek dalam 'sungai' tuh .

   "Ya Allah !"sepantas kilat Aini berlari mengambil bayi yang masih merangkak tadi . Bayi yang tergolek tadi dibiarkan dahulu .

   'Lebih baik selamatkan yang tak tergolek dulu  . Kang dua-dua tergolek haru pulak jadinya . Bongok lah baby ni . Habis lari semua ikan aku  Agak-agak lah kalau nak tergolek pun . Bengap !'Aini memarahi bayi yang sudah tergolek tadi dalam hati .

   'Isn't he supposed to save me first ?'Bayi yang sudah terkapai-kapai tadi berkata dalam hati .

Lima minit kemudian , barulah bayi yang lemas tadi diambil lalu diletakkan di tempat yang selamat . Muka bayi tadi sudah bertukar menjadi THE HULK kerana sudah terlalu banyak menelan air loji .

  "Korang ni slack ar ! Menyemak je kat sini ! Mana mak korang ? Suruh dia kutip korang kat sini balik ! Aku nak chow dulu ! Chow Chin Chau !"Aini berlalu pergi . Belum sempat dia menyambung tugasnya yang tergendala sebentar tadi , bayo-bayi tadi menangis seperti meminta untuk tidak ditinggal . Aini mula berasa sayu dan pilu . Dia kembali ke pokok yang telah dia tinggalkan bayi tadi .

  "Hai korang ni harok lah ! Ye lah Ye lah ! Aku janji aku jaga korang !"Aini memberi kata putus . Bayi-bayi ersenyum riang seolah memahami .

  "Nama kau bayi yang comel lote ni , Nor Aida ! Bayi loji yang buat haru ni pulak , Nur Faizah . Call me Mama . Okay ?"

Bermula lah sebuah kisah sebuah keluarga yang kecil tetapi haru biru :DD


************************

#Another story yang mengarottt ><"

Thursday 1 December 2011

I LOVE YOU ! (2)

            "Walawehh . 9 orang aje yang datang ? Mana lagi 24 ? Haishh ~ Kalau aku tau macam ini , baik aku tak datang ."Qasmurni menjeling ke arah Khairani . Khairani yang perasan akan jelingan Qasmurni yang membawa mesej ini-semua-kau-punya-pasal , hanya buat tidak tahu . Dia tunduk memerhati kasut sekolahnya yang sudah tidak berwarna putih lagi . 'Antara muka Qas dengan tapak kaut aku ni , tapak kasut aku lagi cantk . Baik pandang yang cantik . Kan kasut , kan ?'

          "Wahh ! Bestnya ramai tak datang ! Tak payah belajar !"Azreen tersenyum riang . Memang ini yang diidamkan . Hanya 'sekerat' aje yang datang . Ini bermakna , tak perlulah mereka belajar . Mesti cikgu akan bawa ke perpustakaan . Paling tidak pun , mamkmal komputer . Bolehlah dia curi-curi buka Facebook dan Twitter . Huhuhuhu ~

         "Betul tu Az ! Aku sokong kau . Nanti pilihanraya nanti , aku pangkah nama kau !"Khairani menunjukkan isyarat Thumbs Up kepada Azreen . Nasib baik Azreen tidak marah seperti 'harimau' di sebelahnya itu . Apa yang nak dimarahkannya pun , dia tak tahu . Moon Coming lah tuh .

         "Kau pikir kita nak buat pilihanraya ? Main pangkah-pangkah nama ? Eh , tapi andai kata nama aku tercalon untuk pillihanraya 2020 , undi aku tau ! Aku akan pastikan negara kita ini menjadi negara yang membangun dengan pesat . Tiada lagi orang miskin , peminta sedekah dan orang kutip kotak ..BlaaBlaaBlaa...." sempat lagi Azreen berangan andai kata dia yang terpilih untuk menjadi ketua . Ishh ~ Persan sungguh  .

Belum sempat Qasmurni membalas kata-kata Azreen , terdengar suara ketua kelas mereka , Atyka .

        "Attention class ! Miss Suriati commend us to go to class 2Bestari as their class also have only 10 people ."

        "Alaa . Ini yang malas ini . Kena gabung kelas bagai ."Qasmurni membebel . Dia paling tidak suka kena gabung kelas , jumpa budak kelas lain yang semuanya perangai macam hantu .

       "Kau ni Qas ! Sekali tak membebel tak boleh ke ? Haishh . Macam Cikgu Syafiq betul !"Khairani memerli Qasmurni dengan menyamakan dia dengan Cikgu Syafiq . Seorang cikgu lelaki yang lembut dan suka membebel .

      "Eee ! Mana sama . Aku tak ada tahi lalat . Dia ada ! Aku balik rumah nama aku tetap Qasmurni . Tak ada pertukaran nama macam cikgu itu . Fieyqa . Meremang ~  "Qasmurni membidas . Khairani dan Azreen ketawa mendengar kata-kata Qasmurni .


******************


      "Kan best kalau hari-hari macam ini . 10 orang aje yang datang ."

     "Best sebab ada 10 orang aje , atau best sebab hari-hari boleh tenung muka Qas ?"Farid memerli selepas mendegar ayat yang terkeluar dari mulut Ricky . Ricky yang mendengar tersengih .

    "Ricky , you like Qasmurni ? The girl yang kenan  Cikgu Faridah itu ke ?"Steve yang dari tadi hanya mendengar terus bertanya . Pelik ! Ricky yang terkenal dengan muka 'handsome' nya itu , boleh terpikat dengan Qasmurni , seorang gadis yang satu sesi petang tahu dengan sifat garangnya itu . Tak reti tersenyum . Ini mesti jarang makan makanan dan minuman berisi gula . Masam sepanjang masa . Sebiji macam Cikgu Disiplin mereka , Cikgu Faridah . Mereka ini sedara agaknya .

Ricky tanpa segan-silu terus menganggukkan kepalanya . Jujur !

    "Homaigoat ! Are you sure ?"Suresh yang duduk semeja dengan mereka pula bertanya .

    "1001 percent , I am sure ! Muka dia comellah . Lagi-lagi time marah . Mesti satu muka , jadi merah .  Aku pernah nampak sekali itu dia marah seorang budak lelaki , comel sangat . Blushing everywhere !"

   "Mamat ini kan psiko !"Farid menggelengkan kepala . Pelik dengan sikap Kawan baiknya itu . Nak cakap dia tak ada peminat , tidak juga . Sekali petik , seribu datang . Tak payah petik , angkat jari pun dah ramai berderet nak mendampingi . Tapi , Ricky tak pernah melayan semua perempuan-perempuan yang cuba memikat . Bila ditanya kenapa , ada aje jawapannya .

    'Diorang bukannya nak aku . Tapi nak harta ayah aku !'

Ya ! Ricky memang terkenal bukan sahaja kerana mukanya , tetapi kerana hartanya juga . Ayahnya yang merupakan salah seorang ahli korporat yang berjaya , telah membuatkan mereka satu family kini hidup senang dan mewah . Namun , Ricky tidak pernah membangga diri . Baginya , harta bukan segalanya .

    "Kita main game nak ?"Steve membuat cadangan .

    "Game apa ?"

   "Truth or Dare !"

   "Game dah lapuk lah ! " Ricky membangkang .

   "Penakut !"Suresh mencebik .

   "Who say ?"Ricky membulatkan matanya mendengar ayat Suresh .

    "We say ! So , join us play the game lah !"Farid menumbuk perlahan bahu Ricky .

    "Okay ! I'm first if you all don't mind ."Ricky menyahut cabaran .

    "Pleasure !"

    "So Ricky ! Truth or Dare ?"Farid bertanya .

    "Only the coward man will choose Truth ! Give me Dare please ?"Ricky berkata riak .

    "Say I LOVE YOU at Qasmurni !"Farid , Steve dan Suresh berkata serentak . Seperti sudah dirancang pula .

    "What the ..!! Biar betul ?"Ricky menggelengkan kepala . Tidak mahu dia menyahut cabaran itu . Nanti tak pasal-pasal Qasmurni meng-anti dia sebelum dia memulakan ikatan persahabatan .

    "I said main ! You jerk !"Steve sengaja mengapi-apikan Ricky .

    "I'll go !"Ricky terus berdiri dan melangkah ke arah Qasmurni yang sedang rancak berbual dengan rakan-rakannya .

    "Miss !"Sampai saja di tempat Qasmurni , Ricky mencuit sedikit bahu gadis tersebut .

Qasmurni , Azreen dan Khairani yang rancak berbual terus menoleh mendengar suara teguran seseorang .

    "Yes ? May I help you ?"Qasmurni bertanya lembut kepada pelajar lelaki cina yang berdiri dihadapannya itu sambil tersenyum . Ricky yang pertama kali melihat senyuman yang terukir di bibir comel milil Qasmurni , terpaku seketika .

   "Erkk . Err .Er,,  Sa..Saya..Erkk "Ricky mulai tergagap-gagap . Dia takut sebenarnya .Dia menoleh sebentar ke arah meja yang diduduki rakan-rakannya . Kelihatan Steve dan Suresh sedang mentertawakannya . Farid pula hanya memandang .

   "Why ? May I help you ?"Qasmurni bertanya . 'Kenapa ? Muka aku pelik sangat ke ?'

   " I LOVE YOU , QASMURNI"

 
    'panggggg.........'
              

    

I LOVE YOU ! (1)

          "Boringlah . Kenapa Cikgu Charming tak datang hari ini ? Rindu gila beb !"Khairani menyembamkan mukanya ke atas meja . Pada ketika itu , guru Sejarah mereka , Encik Razin , tidak memasuki kelas 2 Arif bagi mengajar subjek Sejarah yang diminati Kharani .

          "Baguslah dia tak datang hari ini . Bosan aku tengok muka dia hari-hari . Tak habis habis dengan perjanjian dia tu . Perjanjian ini lah . Perjanjian itu lah . Nanti time exam keluar , aku tulis besar-besar kat kertas tu .'SAYA TAK PERNAH BUAT PERJANJIAN DENGAN MEREKA!' . Habis cerita ~" Qasmurni mengerling Khairani yang sedang dilamun cinta itu . Tak paham betul dengan perangai sahabatnya yang tergila-gilakan subjek Sejarah itu . Ya lah sangat tergilakan subjek 'berbelit' tu . Sebenarnya dia tergilakan cikgu mata coklat yang sangat popular tu . Macam lah dia tak tau .

        Tappp..!!

         "Sudah-sudah lah Azreen ! Dari tadi kau asyik hadap buku novel 'mengarut' ni aje . Aku rasa dah sepuluh kali kau 'khatam' baca novel cinta yang mengarut ni ." Qasmurni merampas novel 'gedabak' yang dibaca Azreen . Geram dia dengan dua orang minah yang sengal ini . Sorang gila Sejarah , Seorang gila Novel . Memang nak kena 'hempok' betul . Biol !

        "Alaa Qas ! Sekejap lah . Hero dia dah nak mati tu . Potong stim lah kau ni"Azreen cuba merampas novel yang dipegang Qasmurni . Belum sempat dia menyambar , Qasmurni sudah terlebih dahulu melempar novelnya ke luar kelas . Mentang-mentang duduk dekat tepi tingkap , cepat saja dia bagi sayap dekat novel kesayangan Azreen itu .

       "Qas !!"Azreen terus berlari keluar mengutip novelnya yang sudah terbang tadi . Qasmurni tergelak kecil melihat gaya Azreen yang macam orang hilang anak . Sayang sangat dengan novel 'geabak' yang tebal mengalahkan kamus dewan tu . Bawa novel 'gedabak' tu boleh . Kalau suruh bawa buku teks , ada saja alasannya . Berat lah . Apalah . Novel 'gedabak' tuh tak berat pulak . Biol punya kawan .

      "Khai ! Tengok Qas !"Azreen merengek-rengek menarik hujung lengan baju kurung Khairani . Minta simpati + perhatian lah tu . Khai yang tadinya sibuk mengelamun , memandang Qas dengan pandangan kau-jangan-kacau-azreen ! Qasmurni membalas pandangan Khairani , muka-aku-macam-peduli-ke ? Khairani membalas lagi , kau-nak-makan-kasut-saiz-lapan ? Acara tenung-menenung itu berlangsung selama sepuluh minit kemudian sebelum Azreena menampar muka kedua-dua orang rakannya yang macam orang biul itu . Qasmurni dan Khairani tersentak .

     "Khai ni ! Aku suruh marah Qas . Bukan tenung Qas macam dia tuh burger McDonalds ."Azreena membebel.

     "Laaaa . Tadi kau yang suruh aku pandang ! Aku pandang lah ."Khairani membalas selamba . Qasmurni mengangguk tanda setuju . Mereka beradu ketawa . Azreen mula menarik muka masam .

    "Korang ni memang teringin nak makan kasut ae ?"Azreena mendengus geram .

    "Eh Az , macam sedap je ~ Kan Khai , kan ? Lagi-lagi kalau Kasut tu cicah dengan sos cili thai ! Perghhh ~ Meletoppp kau !"Qasmurni menunjukkan kedua ibu jarinya tanda Thumbs Up ! Khairani membalas dengan merapatkan kedua ibu jarinya ke ibu jari Qasmurni . Meledak kembali tawa mereka . Azreena sudah tarik muncung 18 . Lagi syokk cakap dengan Bangla tepi rumah tu . Azreen mendengus geram .

*****************

    "Perhatian ! Perhatian ! Esok jangan lupa , ada sekolah ganti ! Kalau nak datang , datanglah . Kalau tak nak datang lagi bagus ! Senang kerja aku . Tapi jangan cakap yang aku suruh tak payah datang . Memang ada yang makan mee pakai straw ! Ingat !"Haziq selaku ketua kelas 2Bestari memberi peringatan kepada semua anak buahnya . Sempat lagi dia memberi peringatan sebelum duduk ke tempat asal .

    "Ricky ! Kau datang sekolah tak esok ?"Farid menepuk belakang Rikcy . Ricky yang tadinya sibuk bercakap dengan Steve , menoleh . Dia berdiri lalu melekapkan tangannya ke dahi lelaki melayu yang berdiri dihadapannya .

          "Kau demam ea Farid ?" Ricky bertanya .

   berkerut dahi Farid seketika . "Demam ? Mana ada ! Kenapa ?"

            "Dude , esok Sabtu lah . Kau nak datang ? Datanglah . Aku nak turun town , esok .Hahaha"

   Ktukkkk !

           "Eh cerdik ! Kau ke aku yang demam ? Kau tak ingat ke hari itu si Singa Jadian dah umukan kat dewan yang esok ada sekolah ganti . Tadi si Haziq tu pun da announce . Pekak !"

           "Ada ke ? Bila pulak si Singa tu cakap ? Tak dengar pun ?"berkerut-kerut dahi Ricky mengingat kembali bila pulak guru disiplin mereka yang digelar Singa Jadian tu memberi pengumuman . Aduhaii ~ Baru pikir nak turun bandar esok . Slack lah singa betina ni .

        "Pekak betul mamat ni . Dah berapa tahun kau tak korek telinga hahh ?!"

        "Baru dua tahun !"

        "Serabai !"

        " Serabai serabai pun hensem!" . Farid menunjukkan penumbuknya . Ricky menjelir lidah .

        "Datang tau esok ! Kalau kau nak nombor telefon Qasmurni , kau datang !"

        "Mana aci main ugut macam tu " Ricky buat muka tak puas hati .

       "Aci kat rumah dia . Ane pun ada . Nape ? Minat ? "

       "Euuuww . Selisih malaikat 44 !"

Farid tergelak mendengar ayat Ricky yang terakhir itu . Sesungguhnya , dia begitu kagum dengan kepetahan Ricky dalam bercakap Bahasa Melayu . Dia yang pertama kali berjumpa dengan Ricky pun menyangka Ricky adalah orang melayu setelah mendengar gaya percakapan Ricky yang memang sebiji macam orang melayu . Tak dapat dibezakan langsung suaranya dengan suara orang melayu asli . Kagum dia dibuatnya .Kini , sudah 4 tahun mereka bergelar sahabat karib . Dimana ada Ricky , disitu ada dia . Setiap hari mereka berjumpa kerana mereka duduk berjiran . Rumah Ricky sudah seperti rumah nya juga . Mak Ricky , Auntie May juga sudah seperti emaknya .

        "Datang tau !"

        "Ya lah pak cik !"

       "Bagus ! Dah lah . Aku keluar dulu . Bertugas ! Nanti kau tunggu aku kat tempat biasa tau !"

      "Yes madam !"

     "Madam?!" Ricky ketawa . Farid meluku kepala Ricky sebelum berlalu pergi . Hari ini dia bertugas menjaga pintu pagar  . Jadi dia perlu keluar awal sebelum pelajar-pelajar lain .


*********************

     

      "Qas , Az ! Esok datang ya !"Khairani mengingatkan rakan-rakannya itu semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah .

     "Malas !"Qasmurni dan Azreen menjawab serentak .

    "Alaa . Please ~"

    "Malaslah !"

   "Betul-betul ! Tidur lagi best !" Azreen menjawab sambil membelek-belek kukunya .

  "Boleh lah !"Khairani masih tidak putus asa bagi memujuk Qasmurni dan Azreen .

      "Kau ni kenapa tiba-tiba rajin ini ? Selalunya kau yang paling malas . Eh , esok mana ada subjek cikgu Charming tu !"Azreen mula keliru dengan perubahan mendadak Khairani yang tiba-tiba rajin pulak nak datang . Kalau selalu , bukan main liat lagi nak pergi kelas ganti . Ada aje alasannya . Kucing pak mat tukan kebun sekola mati lah . Bunga raya milik mamanya sakitlah . Kereta jiran sebelah pancit lah . Semua alasan yang tak ada kena mengena dengan dia . Tup-tup ! Hari ini dia jadi rajin pulak .

      "Esok mak cik sedara aku datang ."

     "So ?" Qasmurni dan Azreena menjawab serentak .

     "Aku tak suka !"

    "Jadi ?"

    "Aku tak suka dengan anak mak cik aku tuh ! Gedik semacam je ." Khairani membuat gaya meluat apabila memikirkan sedaranya yang sebaya dengan mereka tetapi demand je lebih . Apabila sepupunya yang bernama Erica itu datang , mesti dia dilayan seperti kuli walaupun itu rumahnya sendiri . Pernah juga dia terfikir untuk mendajalkan minah kekwat tuh , tetapi nasib baik iman nya masih kuat , menegahkan !

    "Kau ni , dengan sedara sendiri pun nak berkira"

    "Dengan sedara yang lain aku tak kisah , tapi kalau dengan dia , melampau gila . Haritu dia boleh minta aku mama aku masakkan spagetti . Boleh siap tambah lagi , 'kasi cheese lebih , sayur lebih , mee lebih and sos lebih . Tapi tolong ya , sos jangan pedas sangat . Perut saya cepat meragam . Oh , cheese tolong pakai cheese buatan Australia . Cheese tuh berkhasiat sikit . Tak banyak lemak. Blaablaaablaaaa "Khairani mengajuk kembali ayat Erica semasa sedaranya itu datang melawat pada tahun lepas . Dia yang mendengarnya rasa macam nak smackdown aje sedaranya yang menggedik terover dose tuh .

     "Hahaha . Ya lah . Ya lah . Esok aku datang . Qas , datang juga tau !"Azreen memberi kata putus . Sebenarnya , dia pun malas nak duduk rumah . Nanti mesti kena jaga tiga orang adiknya yang macam 'hantu' tuh . Qas hanya mengangguk kepalanya dan tersenyum kecil .

     "Yayy ! Ini yang buat aku sayang korang ini"Khairani menjerit riang lalu mencubit pipi kawan-kawannya itu.

     "Wei , berjerawat lah muka aku yang licin ini"Qasmurni mendengus perlahan .

Khairani tersengih menayang giginya yang putih macam dalam iklan colgete tu . Dia tersenyum riang memikirkan rancangannya esok . Sebenarnya , sedara dia tak datang pun . Sengaja dia reka cerita bagi 'menarik' kedua orang rakan baiknya  itu supaya datang ke sekolah esok . Ada muslihat tersendiri yang tiada siapa mengetahui  ~ Hehehe

Hikayat Puteri Ketambun

Cerita ini khas buat mak dan cucu-cucu aku yang tersayang : Aini Yusriza , Fatin Adila , Nurul Ain Ibrahim , Syafiqah Mustafa , Nur Istiharah , Ezyani Jouni , Nor Aida dan juga Diyana Hazwani .
Cerita ini actually pasal keturunan kitorang satu geng . Tak de kne mngne yang masih hidup , tengah koma atau yang dah mati . Agak mengarot , dan memang mengarot..!!! :3 Enjoyyyy ><




P/s - To my keturunan : Aku baru buat pasal moyang ! Tunggu pasal nenek pulakk ! HEHEHE ><  


********************************************************


Alkisah di suatu masa dahulu , terdapat sebuah kerajaan yang terletak di atas awan . Kerajaan yang di bernama Kerajaan Air Batu Cendol . Kerajaan ini ditadbir oleh seorang Sultan yang maha baik budi pekertinya lagi sempurna yang diberi nama Sultan Gurindam Dam Dam Dam Shah !  Sultan Gurindam telah mengahwini seorang puteri yang sangat cantik yang bernama Puteri Lat Talilat Talitamplom .

Pada hari perkahwinan mereka , Sultan Gurindam telah menghadiahi Permaisuri Lat sebuah selendang sutera yang begitu cantik dan begitu lembut . Selendang yang bercorak harimau kumbang mengejar harimau bintang itu , disimpan Permaisuri Lat dengan begitu cermat . Hakta tiada sesiapa pun yang boleh memegangnya lagilah menyentuhnya . 

Permaisuri Lat membalas hadiah pemberian Sultan Gurindam . Sehelai seluar dalam jenama Kakikutsukikaku diberi kepada Sultan Gurindam . Gurindam tersangatlah teruja mendapat seluar dalam yang tersangatlah mahal dan lembut itu . Seluar kecik itu ditatang bagai isteri keduanya . Setiap 4 kali seminggu , dia akan memakai seluar kecik itu tanpa lupa . Permaisuri begitu gembira melihat pemberiannya dihargai suaminya itu . They happily ever after !
 


************************


Tiga puluh tahun telah berlalu . Sultan Gurindam dikurnai tiga orang cahaya lampu kalimantan . Seorang putera yang gagah perkasa manakala dua orang puteri yang cerdik bestari . Si  sulung diberi nama Putera Ketambi  si tengah pula Puteri Ketamban manakala si bongsu, Puteri Ketambun .


Mereka bertiga tersangatlah rapat bagai isi dengan kuku , bontot dengan kuali dan lubang dengan hidung . Jarak umur mereka yang dekat membuatkan mereka seperti kembar siam terlekat tiga . Kemana-mana pasti bersama . Tidak pernah tertinggal satu , mahupun dua .


Pada suatu hari , Putera Ketambi dan Puteri Ketamban terpaksa turun ke bumi atas dasar-dasar tertentu . Tinggallah Puteri Ketambun seorang diri . Tiada sesiapa menemani . Pada petang itu , Puteri Ketambun telah pergi bersiar-siar ke dalam hutan . Berbekalkan sebatang kayu yang macam nak reput tuh , bergerak lah Puteri Ketambun ke dalam hutan .

Perasaan takut ditolak ketepi . Rasa ingin tahu makin menguasai . Betulkah apa yang didengari ? Terdapat seekor Putera yang baik hati .

Bermulalah ekspedisi menjejak putera yang bertakhta di fikiran .

Tujuh hari Tujuh malam . Namun , satu apapun tidak dijumpai . Hampeh betol si tukang story ! Menjaja cerita yang tak berasasi . Salah nya juga pergi mempercayai ~Aduhai , bongoknya diri ini .


 Puteri Ketambun pun mengambil keputusan untuk pulang ke istananya . Semasa dalam perjalanan , dia terlihat sebuah kelibat . Kerana ketakutan , dia menyorok di celah semak . Berpandukan sedikit ruang diantara semak itu , Puteri Ketambun 'menskodeng' apa yang berada di hadapannya iaitu disebalik semak ini .


Terdapat suatu objek seperti manusia namun berpakaian serba hitam sedang membelakanginya . Objek itu kelihatan sebesar manusia . 'Objek' itu sedang terbongkok-bongkok . Dan apabila dia berdiri , terselak sedikit kain yang menutup kakinya .

          "Emass !!" Puteri Ketambun begitu teruja melihat emas yang berlilitan di kaki 'objek' itu . Emas 24 tahan karat tuhhh !!


         'Ini lah kod putera yang selalu diceritakan tuh ! Akhirnya , jumpa juga aku !'


Puteri Ketambun terus keluar dari tempat persembunyiannya . Sebelum keluar , sempat lagi dia betulkan seluar yang dah nak terlondeh . Ramput disisir rapi . Muka dilap berhati-hati .


       "EhemmEhemm" Puteri Ketambun memulakan mukadimah-nya dengan mencuit bahu si 'putera' .'Putera' itu menoleh .


       "MAKKKK...!!!!!"



 **************************



     "Fuhhhh ~ Nasib baik sempat lari ! Itu bukan putera , tapi Ungka !!"Puteri Ketambun membebel marah . Putera yang disangka manusia rupanya seekor ungka yang buruk rupanya . Nasib baik dia juara pecut . Kalau tak , mahu disumpah menjadi ungka kedua dia kalau dicium si ungka itu ! Eeee , geli geleman bulu romanya memikir kejadian tadi .


    "Habis berpeluh muka aku ! Macammana nak masuk ini ? Kalau Dayang tengok muka aku berminyak ini , mahu digelak tak berhenti ! Baik lap muka dulu"


Puteri ketambun bergerak ke arah ampain yang penuh dengan baju . Diambil sehelai seluar kecik yang sangka kain tangan berwarna kelabu taik anjing itu lalu dilap mukanya . Selepas puas mengelap , disidai kembali kain itu di tempat asal . Tanpa dia sedari , ada CCTV yang memerhati .


*********************


        "KETAMBUN..!!!!"bergegar istana kerajaan Air Batu Cendol itu apabila mendengar suara Sultan Gurindam yang bak petir memanah ke bumi itu .


       "Ya bapak !"Puteri Ketambun bergegas ke ruang tamu apabila mendengar namanya di panggil . Sudah kelihatan Ibundanya dan kedua orang kakandanya yang sudah bersimpuh di atas sofa buatan Penesonika itu.


      "Berani-berani nya kamu menggunakan seluar kecik kesayangan bapak bagi mengelap peluh kamu ! Biadap sungguh kamu ya !"

     "LOL . Sejak bila pula saya menggunakan spender bapak sebagai pengelap muka ? Bapak salah orang ni !"Puteri Ketambun menidakkan .

    "Ni ape kemendenyaa ?"Sultan Gurindam menengking anaknya lalu melempar sekeping gambar bersaiz 4R . Kelihatan di gambar itu dengan jeles llagi bersuluh torchlight , Puteri Ketambun sedang mengelap mukanya dengan seluar dalam milik Sultan Gurindam . Selekeh benoo ~ Terkejut Puteri Ketambun melihat bukti kukuh sekukuh gam gajah tersebut . Peluh betinanya mulai keluar .

   "Bapak ! Sekarang zaman moden ! Ni mesti ada orang cuba fitnah saya . Sekarang ada banyak cara nak fitnah orang . Photoshop ada , Photoscape ada . Picasa pun ada . Alah bapak ! Jangan percaya ini semua lah ! Mengarot ! "dengan selamba Puteri Ketambun melempar gambar tersebut ke arah bapaknya . Dia sebenarnya takut . Namun , dia masih berlagak selamba agar bapaknya yang tua kerepot itu lembut hati .


    "Kepala tengkorak kau ! Kalau itu boleh di edit , ini pula ?"Sultan Gurindam membaling sebuah video-camp ke arah Puteri Ketumban . Puteri Ketumban menyambut lalu membuka video yang terdapat di dalam kamera jenama Sani itu .

 Apabila ditekan button Play , tertayanglah segala perilaku tak senonoh yang telah dilakukan Puteri Ketambun pada tempoh hari . Puteri Ketambun sudah resah . Terasa dirinya seakan kerdil dan kecil . Nasibnya bakal bertukar menjadi buruk !


      "Kamu dihukum dibuang kerajaan dan dicampak ke bumi untuk selama-lamanya !!!"

Dunia Puteri Ketambun serta merta blackout ~




#Mengarut kan ? HAHAHA . Ini khas untuk Moyang aku iaitu NUR AINI YUSRIZA BINTI YUSOF !
Cerita ini just untok have fun ! Ada sambungan tauu !