Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Sunday 18 December 2011

I LOVE YOU ! (5)

                                                                                                                                                                               "Kau sure ni rumah dia ?"Ricky bertanya . Farid mengangguk laju .



          "Wow ! Besar gila ~ Ini teres ke banglo ?"ternganga mulur Ricky melihat rumah teres dua tingkat tapi agak luas kerana halaman rumahnya yang menghijau . Disana sini ada pokok . Ada pokok bunga . Ada pokok herba . Pokok tak ada bunga pun ada !



          "Mak dia memang gila dengan tanaman . Sebab tu lah kod family dia semua cun-cun meletop belaka . Mesti banyak makan benda-benda hijau ni . Entah-entah rumput pun diorang makan !"Farid berkata tanpa memandang Ricky . Matanya masih tertancap pada keindahan rumah teres tersebut .



         "Kau pikir aku satu family kambing ?"tiba-tiba satu suara mencelah .



        "Tak ! Tak ! Qas sefamily tuh , harimau ! "Farid menjawab . Ricky mengangguk . Namun mata mereka berdua masih setia pada rumah teres tersebut tanpa mereka sedari suara yang mecelah tersebut adalah ... Qasmurni !!




         "Harimau apa ?"Qasmurni yang berdiri di belakang mereka cuba mengasak . Khairani dan Azreen yang berdiri di sebelah Qamurni menekup mulut mereka menahan tawa yang ingin meletus .



         "Dia tuh harimau betina . Tapi versi comel punya ! Lagi syok kalau tengok dia mengamuk ! Blushing habisss ! Super Duper Damn Cute !! Aummmmm ~"Ricky berkata teruja sambil membayangkan muka Qasmurni yang blushing itu . Tiba-tiba , Farid menepuk kuat kepalanya .



        "Adoi ! Sakitlah ! Kau apa hal ? Pikir kepala aku buat dari konkrit ke ? Sengal !"Ricky menghambur marah . Rambut yang sudah serabai , dibetulkan . Tengok dek Qasmurni rambutnya yang serabai , buat malunya aje . Tak pasal-pasal kena halau .



       "Kau apasal ?"Ricky bertanya apabila melihat Farid yang mengherot-berotkan mulutnya . Cacat ke hape budak ini ? Dia berpaling ke belakang .



       "Mama ! Harimau !"Ricky menjerit kuat melihat 'harimau' di belakangnya . Ini bukan sebarangan harimau . Ini harimau import dari Afrika sana nun . Muka bengis semacam aje . Macam harimau dah sebulan tak makan . Seram nihh ~



       "Banyaklah kau punya harimau ! "Qasmurni menjerkah kuat . Geram apabila dirinya yang sempurna serba-serbi digelar harimau . Kurang asam garam gula betullah !



       "Erkk.. Ermm .. Sa .. Erkk .. Saya .. Erkk .."Ricky tergagap-gagap apabila melihat Qasmurni . Disikunya Farid yang sudah seperti hilang darah itu . Pucat aje muka .



        "Kalau nak nyanyi lagu Stacy , pergi balik rumahlah !"Qasmurni membalas sinis . Azreen dan Khairani sudah meletus tawa mereka melihat dua lelaki yang macam ternampak Gorilla saja .



       "Korang nak apa datang rumah aku ni ? Sorrylah babe ! Aku tak beli karpet ! Tapi rumah sebelah aku ni , memang gila karpet . Buatlah sale kat sana ya !"



Tercengang Farid dan Ricky apabila muka mereka yang handsome ni dikatakan penjual karpet ! Wahh ! Mulut harimau betina ni memang tak ada takaful betul ~



         "Bukan ! Bukan ! Saya datang sini nak minta maaf !"Ricky berkata laju . Selaju bullet train .



        "Minta maaf pasal apa ?"Qasmurni berpura-pura tak ingat . Keningnya diangkat .



       'Eh minah ni . Main angkat-angkat kening pula . Nasib baik bakal-awek aku.'Ricky perasan sendiri . "Pasal semalam . Pasal I love you tu . I'm so sorry !"



       "Maaf . Otak saya tak dapat memproses apa yang awak bebelkan . Sudahlah ! Saya nak masuk ! Az , Khai ! Lets go . We got a project to do ."Qasmurni berkata tegas . Khairani dan Azreen mengangguk . Farid yang dari tadi tercegat bermain mata dengan Khairani , tersentak mendengar suara tegas Qasmurni .



       "Wait ! Wait ! Qas , you must listen to Ricky first !"Farid menahan Qasmurni and the gang dari melangkah . Penat-penat dia me-racing datang ke sini , takkanlah macam tuh aje kesudahannya .




        "I give you only five minutes !"Khairani , Azreen dan Farid bergegas pergi dari situ . Tak mahu mengganggu . Biarlah mereka dengan hal mereka . Kalau tak nak makan kasut terbang , jangan masuk campur !



        "Qas , i'm so sorry about yesterday . I don't meant it ! Really ! Please . Forgive me !"Ricky merayu . Muka Qasmurni ditatap lama . Namun , muka gadis itu tidak menunjukkan sebarang riaksi . Tiada riak .



       "Four minute left !"



        "Qas ! Please say something ! I'm begging you ! Qas , saya betul-betul cintakan awak ! Saya tak pernah tipu dengan perasaan saya Qasmurni !




          "Hahahaha . Awak pikir saya percaya dengan kata-kata mulut buaya macam awak ni ? Maybe sepuluh tahun akan datang baru saya percaya ! Sudahlah ! Khai , Az , jom !"Ricky berasa hampa . Bagaimana lagi harus dia buat agar Qasmurni mempercayainya ? Khairani dan Azreen bergegas ke arah Qasmurni yang sudah membuka pintu pagar rumahnya . Farid menenangkan Ricky yang sudah hampa gila itu .


****************************************

           "Kau bagitahu dia tak yang kau nak pindah harini ?"Farid bertanya . Qasmurni dan kawan-kawannya sudah hilang dari pandangan . Ricky yang duduk di bawah pokok , dipandang lama . Ricky menggelengkan kepalanya .



            "SO , dia tak tahulah yang kau pergi harini ? Kenapa kau tak bagitahu ?"



            "Aku bagitahu atau tak , jawapan dia tetap sama . Dia tetap tak suka aku dan takkan pernah terima aku . "Ricky menjawab . Dapat dirasakan getaran suaranya yang menahan daripada menangis . Kepalanya ditundukkan ke bawah . Memandang tanah lebih baik daripada memandang Farid yang pastinya akan melihat air matanya yang hampir tumpah . Oh ! Kenapalah dia begitu lemah apabila berdepan tentang hati dan perasaan ? Be a gentle Ricky !!



 Tiba-tiba , iPhone Ricky berbunyi menandakan ada panggilan untuknya . Namun  Ricky tidak mengendahkannya . Dipekakkan telinga . Farid hanya memandang sepi . Parah ni ! Akhirnya , deringan telefon itu mati dengan sendirinya tanpa diangkat .



                "Chill lah bro ! Takkan itu pun nak feel-feel ni ? Hello ~ Tahu dekat  Steve kau menangis sebab perempuan , malu je beb !"Farid menumbuk bahu Ricky . Tidaklah kuat . Sekadar bergurau ~



                "Jomlah balik . Petang aku dah kena gerak dah ."Ricky berkata lemah . Gurauan Farid tidak diendahkan langsung . Hati yang sakit harus di ubati . Tidak mahu dijangkiti HIV . Sabarlah wahai hati . Bunga bukan sekaki ..



Baru saja dia berdiri , tiba-tiba iPhonenya berbunyi lagi . Tetapi kali ini menandakan ada mesej yang masuk minta segera di baca . Butang 'read' ditekan lalu dibaca . Tersentak melihat kandungan mesej itu .



                'Love me ? Wait me at eight years from now if you really-really want to aprove it'



Ya Tuhan ! Adakah dia sedang bermimpi ?!