Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Thursday 15 December 2011

Cinta Hantu Korea (1) !







           "Tonight such a beautiful night sing with me now 2011 follow me , big bang big bang we’re back again one more time say , no way no way neomu swipge tto nami dwae , big bang big bang don’t stop let’s play , ok ok go go go......"Dengan earphone yang trsumbat di telinga , Arisa menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh band Korea kesayangannya dengan penuh 'penghayatan' . Tangan diangkat tinggi dan digoyang ke sana ke mari . Sekali lihat seperti orang gila yang kehilangan anak saja . Bukan itu sahaja , siap melompat-lompat lagi . Bergegar seketika teres dua tingkat itu .



           'Gedegangg !!'

    

         "Opocot mak kau meletup letup !"Arisa melatah kuat apabila tiba-tiba kepalanya diketuk . Earphone ditanggalkan lalu dia pusing ke belakang untuk melihat siapakah makhluk yang begitu 'bijak' sesuka hati mak tiri mengetuk kepalanya . Tak bayar takaful ke ?



       "Apa masalah k... Eh , mak !"terkejut Arisa apabila melihat 'makhluk' yang memperdajalkan kepalanya tadi rupa-rupanya emaknya sendiri . 



Puan Alisa yang sudah bercekak pinggang gaya mak tiri tak cukup makan vitamin , memandang anak gadisnya itu dengan pandang tajam . Setajam pedang samurai milik hokage ketiga . Erkk.. Hokage ada samurai ke ? Bedal aje lah .... 



       "Kamu pekak ke ? Dari tadi mak dok menjerit-jerit panggil nama kamu , kamu boleh pulak terpekik terlolong kat atas ni ! Kamu tahu tak sekarang pukul berapa ?"Puan Alisa bertanya . Arisa yang ketakutan kerana melihat wajah emaknya yang mengalahkan cikgu disiplin sekolah mereka , menjawab gagap .



     "Erkk.. Pukul 11 mak !"



       "Hahh ! Tahu pun ! Jadi , tak reti-retinya nak mandi ?! Kambing Pak Samad pun reti mandi tahu !!"



     'Apelah mak ni . Ada pulak disamakan aku dengan kambing .'Arisa mencebik . "Ala mak ! Relakslah ! Hari ni Ahad ! Mandi lambat-lambat pun tak apa !"Arisa menjawab selamba . Earphone yang bergantungan di bahu , di masukkan ke dalam poket baju tidur yang dipakainya .



Terbuntang mata Puan Alisa mendengar kata anaknya . Dicapai telinga anaknya itu lalu dipiat kuat .


       "Ooo ~ Mandi lambat pun tak apa ya !"



       "Mak ! Mak ! Sakitlah ~"Arisa menyeringai . Puan Alisa melepaskan telinga anak gadisnya itu . Merah sudah telinga Arisa . Seperti disimbah sirap ros !



       "Apa nak jadi dengan kamu ni Risa ? Dah 17 tahun dah pun . Tapi masih tak berubah-berubah perangai tuh . Matanglah sikit . Ini tak habis-habis dengan Korea . Apa yang dok kamu gilakan sangat dengan orang mata sepet tu ? Terkinja-kinja aje lebih ."



       "Mak ! Orang sekarang ni , semua dah tergila-gilakan Kpop ni . Mak aje yang masih setia dengan Hindustan mak tu . Tengok Auntie Sally sebelah rumah tuh , pun peminat Korea jugak ! Penuh satu rumah dia dengan Super Junior .  Itu tak termasuk lagi dengan Auntie Mary , lagilah ! Sanggup habiskan duit semata-mata nak pergi tengok 2PM datang Malaysia hari tu . Okay aje Ris tengok . Ala mak , Ris memanglah tergila-gilakan Korea . Tapi tak adalah sampai lupakan pelajaran . Ris okaylah mak !" Arisa sudah mulai membebel . Sampai nama makcik-makcik sebelah di angkutnya sekali . Entah ya , entah tak aje .



         "Lantak kamulah Risa . Siap cepat ! Ikut mak ."



        "Ala . Nak pergi mana ?"Arisa bertanya malas . Badannya dihempas diatas katil bujang miliknya yang berwarna hijau . Bantal peluknya dipeluk kuat . Berura-ura mahu menyambung tidur .



        "Mak nak pergi rumah kawan mak ! Sudah ! Sudah ! Siap cepat !"bantal peluk yang dipeluk Arisa ditarik kuat . Arisa mendengus malas . 



        "Malaslah mak ! Risa nak tengok Seungrilah petang nanti !"



        "Mak tak peduli . Siap cepat ! Kalau tak , mak rampas Broadband kamu . Biar kamu tak boleh tengok.. ape Suri ? Sari ?  Apa-apa ajelah . Yang pasti kamu tak dapat tengok Korea lagi !



         "Seungri lah mak ! Ye lah ! Ye lah ! Arisa siap . Mak keluarlah dulu !"Arisa berkata malas . Adoi ! Baru pikir nak tengok Seungri . SPM dah habis , so bolehlah berikan sepenuh tumpuan kepada Sengri pulak . Kalau dulu asyik kat Sejarah , Kimia aje . Sekarang dah bebas ! Sudah merdeka ! Hishhh ~ Akhirnya , di gagahkan juga badannya untuk bersiap . 



****************************************



          "Kau ni Risa ! Along tengok dah macam pokok pun ada !"Ariz , abang sulung Alisa menegur apabila melihat Alisa yang baru sahaja melabukan punggung di sofa sebelahnya . 


          "Apasal pulak ?"Arisa berkata pelik .


         "Dari atas sampai bawah , semua hijau ! Dah tak ada warna lain ke ?"Ariz memerli satu-satunya adik perempuannya merangkap adik bongsunya itu . Tudung hijau . Blouse yang disarung di tubuh juga hijau . Nasib baik seluar jeans hitam . Kalau hijau jugak , memang dah tak boleh nak beza mana satu Arisa , mana satu pokok bunga mak . 



         "Biarlah ! Sekurang-kurangnya Arisa tak lah macam Along ! Semua hitam . Berkabung ea ?"Arisa kembali memerli Ariz .



         "Sehitam-hitam Along , ada jugak warna lain . Tengok cap Along , merah ! Shirt ni hahh , hitam biru hijau kuning . Abstrak ! Seluar pulak . Kan ada tulisan warna biru ni ! Taklah macam kamu . Semua hijau .. Tak ada campuran warna langsung . Along ulang balik , langsung ! Macam pokok tahu !"



        "Emak ! Tengok along !!"Arisa merengek manja memanggil emaknya . Puan Alisa yang baru sahaja menuruni anak tangga terakhir , tersenyum melihat anak gadisnya itu . Manja ! Sangat manja ! Walaupun umurnya sudah boleh dikategorikan sebagai , TUA !



         "Eee ~ Manja ! Anak emak !!"Ariz memerli . Hujung tudung bawal Arisa ditarik kuat .



         "Memanglah Ris anak emak . Habis tuh Along tuh anak siapa ? Anak kambing ?"Arisa membalas kata-kata Ariz . Tudung yang sudah senget benget dibetulkan .



         "Sudah ! Sudah ! Lagi lama kita terperuk kat rumah ni . Lagi panjanglah idea kamu berdua ni nak bertekak . Pantang berjumpa ! Yang sorangnya dah 24 tahun . Dah berkerja dah pun . Yang sorang lagi , haishh ~ Tak tahu nak cakap !"Puan Alisa menggelengkan kepala memikirkan perangai anak-anaknya itu . Alisa menjelir lidah kepada Ariz . Membulat mata Ariz melihat perangai adiknya itu . Kalau tak dipikirkan emaknya yang berada di samping mereka . Sudah lama dikejar adiknya itu . Sengal punya budak .



**********************************



          "Azman !!"



          "Ye Umi ?"Azman melaung dari dalam biliknya .



          "Sini kejap ! Tolong umi sat !"Puan Faridah memanggil anak bujangnya yang sejak pulang dari kedai tadi , terperuk aje dalam bilik . Apa yang dibuatnya pun tidak tahu .



           "Kejap umi ! Bagi Man kemas bilik Man jap !"Azman menyahut . Gunting yang berada di tangan dilepaskan . Keratan gambar yang baru saja di potong di masukkan ke dalam sebuah buku berkulit tebal yang tertulis : AZMAN's Properties ! Open it if you dare ! . Majalah Hai dan Yezz ! yang bertaburan di atas meja tulis , dikemas lalu di letakkan ke dalam laci . Selesai saja mengemas mejanya , Azman terus keluar menemui Uminya .



            "Ye Umi ? Kenapa ?"



            "Tolong buatkan air Oren . Kejap lagi kawan Umi nak datang ."Puan Faridah meminta tolong kepada anak bujangnya yang tidak pernah membantah apabila disuruh . Lain benar dengan perangai anak gadisnya yang baru berumur 15 tahun . Ada saja alasannya apabila diminta tolong . Ngelat sungguh .



            "Azira mana Umi ?"Azman yang sedang membancuh air Oren bertanya .


            "Keluar . Katanya hendak ke rumah kawannya sekejap . Entahlah Man . Mentang-mentang sudah habis PMR , tak lekang dia dekat rumah ni . Merayap aje kerja !"Puan Faridah sudah mulai membebel sambil mengacau nasi goreng yang sedang dibuat . Keletak keletuk bunyi di dapur apabila kuali dan sudip saling 'bertemu' .



             "Tak apalah Umi . Sekali-sekala . Lagipun mungkin dai ada benda nak dibualakan . Ya lah , masa PMR asyik berdating dengan Sejarah aje . Sekarang ni lah time dia nak bebas sedikit ."Azman membela adiknya ."Umi ! Siapa yang nak datang ni ?"



             "Kawan pejabat Umi dulu . Hari itu time Umi pergi Giant haritu , terserempak dengan dia . Dah lama betul kami tak jumpa . Last jumpa pun masa Azman umur lima . Itu yang sekarang nak jumpa itu . Nak mengeratkan hubungan yang dah terputus ."Azman yang mendengar hanya menganggukan kepala tanda memahami .



              "Assalamualaikum ...."



              "Hahh ! Dah sampai pun diorang !"




***********************************



             "Assalamualaikum ! Tuan rumah ! Ooo ~ Tuan rumah !"



            "Arisa ! Apa jerit macam tu pulak ? Tak malu ke anak dara perangai macam budak-budak ?"Ariz menegur Arisa yang menjerit melolong seperti orang gila itu .



           "Ye lah ! Ye lah ! Sorry !"Arisa berkata dalam nada yang sedih . Mukanya di tunduk . Pura-pura sedih lah kononnya ..



           "Waalaikummussalam . Ye ! Ye ! Tuan rumah datang ni hah !"Puan Faridah berlari-lari anak ke pintu pagar bagi membuka pintu untuk memberi tetamu-tetamu kehormatnya masuk .



          "Maaflah ya ! Tuan rumah tak dengar tadi !"Puan Faridah berseloroh sambil menjemput tetamunya masuk . Arisa yang mendengar hanya tersengih mampamirkan barisan giginya yang putih .



          "Maaflah ye Idah . Anak saya yang sorang ni memang macam ni . Nakal !"Puan Alisa meminta maaf atas sikap anak gadinya yang terpekik terlolong seperti isteri Tarzan tadi .



           "Hahaha . Tak ada apalah Lisa .. Biasalah tuh .. Jemputlah duduk .. "Puan Faridah mempersilakan tetamu-tetamunya . Puan Alisa mengambil tempat bersebelahan Puan Faridah manakala Arisa dan Ariz duduk di hadapan mereka .



           "Dua orang aje ke anak kamu ? Mana yang lain ?"Puan Faridah bertanya .



            "Haha . Dua ini ajelah Ida oi ! Mana ada yang lain . Yang dua ni pun tak terjaga !"Puan Alisa membalas sambil mengerling ke arah dua orang anaknya . Ariz yang mendengar hanya tersengih . Arisa pula pura-pura tak dengar . Matanya asyik tertancap pada skrin tv Plasma milik Puan Faridah .



            "Hahaha . Oh , yang ni Ariz dengan Arisa lah ~ Amboi , dah besar ya sekarang . Ariz dulu masa auntie jumpa , baru 12 tahun , kan ? Arisa pun sama . Dulu kecik aje . Sekarang , dah 'gedang-gedang' semua !"



            "Mana anak kamu ? Masih dua atau dah bertambah ?"Puan Alisa pula bertanya . Matanya meliar dia segenap rumah .


     
            "Masih dua lah Lisaa . Dah makin tua ni , dah tak larat dah ."Puan Faridah menjawab . Paha Puan Alisa di tepuk perlahan . "Azman !!"



             "Ye Umi ! Kejap !"Azman menyahut dari dalam dapur .



              "Kejap lagi keluarlah tuh . Ni Arisa baru habis exam , kan ?"Puan Faridah bertanya kepada Arisa yang asyik memandang TV . Drama melayu yang sedang ditontonnya .



    Arisa yang mendengar nama dia disebut , terus menoleh . "Ye auntie ..."Arisa menjawab lembut .


  
               "Samalah dengan anak auntie tuh .. Pun baru habis .."Arisa hanya tersengih . Matanya kembali tertancap pada skrin . Pura-pura khusyuk . Walhal apa pun tak masuk . Hipokrit betul .



              "Jemput minum aunty ."Azman datang dengan sedulang air dan kuih-muih . Diletakkan dulang itu di meja kecik di hadapan tetamu Uminya . Disalam Puan Alisa dan Ariz . Gadis yang sedang asyik menonton TV dikerling . Hanya nampak belakang tudung saja . Wajahnya tidak kelihatan .



             "Susah-susah aje Azman ."Ariz mula bersuara . Remaja lelaki yang sedang mengalihkan hidangan dari dulang , dipandang lama . Boleh tahan juga wajahnya . Kulit sawo matang . Dikerling pula Arisa yang duduk di sebelahnya .



             "Tak ada susahnya , bang ! Air bujang aje ."Azman menjawab mesra .



            "Arisa , kenalkan , ni lah anak bujan aunty . Azman ."Puan Faridah bersuara . Arisa berpaling memandang 'Azman' yang dikatakan .



           "Kau ??!!"serentak Azman dan Arisa menjerit . Peristiwa dulu di tayang kembali .



*************************************



            "Wahh ! Bestnya ! Mana kau dapat ?!"Aina mebelek-belek mug yang penuh dengan tandatangan yang sedang di pegangnya itu , dengan begitu asyik . Restoran Mc'Donald yang sesak dengan pengunjung tidak di hiraukan langsung . Big Mac yang berada di depan mata sudah tidak diingati seperti kebiasaannya . Mug yang di pegang kini lebih menarik perhatian dari segalanya . Mug yang mempunyai banyak tandatangan penyanyi-penyanyi korea pujaannya .



          "Cuti hari tu , kan ada konsert Best of Asian dekat KL . Aku dengan abang aku pergilah ."Arisa yang sedang menikmati french fries berkata selamba .



         "Wait ! Wait ! Kau pergi ?! Konsert yang ada Beast , Bigbang , SNSD , SuJu dengan 2PM tu ke ?"Aina menjerit sedikit kuat . Mug yang dari tadi di belek-belek di letak di hadapan meja . Matanya membulat memandang Arisa yang menganggukan kepala tanda , ya !



         "Homaigoat !! Syoknya ! Gilalah beb ! Nampak Yoseob aku tak ? Gikwang ? Walaweh ~ Tak aci betul !! "Aina sudah mula mengomel . Rasa tidak puas hati pulak . Arisa dapat pergi . Dapat signature pulak tu !!! Ni yang tak puas hati ni ! Mana aci !



          "Aci kat India ..!!"Arisa berkata selamba . Tiba-tiba , handphone berdering lagu Love Song nyanyian kumpulan yang paling digemarinya . Bigbang !! Arisa menangkat dan berkata sesuatu kepada si pemanggil .



          "Wehh ! Dahlah . Jom balik . Abang aku dah bebellah ."selesai saja mematikan telefonnya , Arisa terus bersuara . Blackberrynya di masukkan ke dalam beg . Mug yang masih dipegang di tangan Aina , diambil lalu dimasukkan kembali ke dalam kotak khas yang dibeli semata-mata untuk menyimpan mug eksklusifnya . Bersusah payah dia menyeludup ke dalam bilik yang menempatkan kumpulan-kumpulan terkenal Korea semata-mata ingin mendapatkan tandatangan kumpulan digemarinya , Bigbang ! Oh , actually , Seungri !!



           "Okay ! Okay ! Jom !"Aina menyumbat lebihan Big Mac ke dalam beg . Sayang , burger yang baru sikit di gigt di biarkan saja . Bak kata maknya , menangis burger tuh nanti !


Arisa dan Aina keluar dari restoran itu dengan di tangan Arisa memegang kotak mugnya . Hendak di masukkan ke dalam beg , tidak muat pula . Terpaksalah di mengusungnya .


 Baru saja mereka berdua ingin melangkah keluar dari mall yang sesak itu , tiba-tiba , seorang lelaki yang sedang terkocoh-kocoh berlari , telah melanggar Arisa tanpa disengajakan.



           'Pranggg...'



        "Tidakkkk !! Mug aku !!"Arisa menjerit kuat hingga menarik perhatian sebilangan pengunjung . Aina menekup mulut melihat mug kesayangan Arisa yang sudah tergolek dari kotaknya lalu pecah berderai mencium bumi . Serpihan mug itu berserakan di sana sini . Arisa melutut mengutip serpihan itu . Air matanya bercucuran jatuh mencurah bumi . Sedih beb tengok barang yang paling kita sayang 'hilang' begitu saja . Tak sampai seminggu pun mug itu berada bersamanya . Kini , tamat sudah riwayat mug itu .



         "Miss ! I'm so sorry !"Lelaki yang melanggar Arisa tadi meminta maaf . Dia betul-betul tidak sengaja . Ini semua salah Bad ! Kalaulah mamat tersebut tidak call dan menyuruhnya agar segera datang di Mall ini , pasti ini semua tidak berlaku .Huhh !



         "Sorry pergi naik lori lah wei !!"Arisa berdiri dan menengking pemuda yang berdiri dihadapannya itu . Berbaju biru laut , bercap dan ditangan lelaki itu terdapat sebuah buku berkulit tebal . Tidak dihiraukan langsung mata-mata yang mulai menyaksikan drama swasta lakonan mereka berdua itu . Bukan ! Bertiga ~



         "Saya betul-betul tak sengaja . Saya boleh ganti mug itu , kalau awak nak ."lelaki itu cuba memujuk . Terasa bersalah pula apabila melihat gadis yang bertudung litup serba hijau itu , menangis . Terdetik rasa geram juga kerana hanya di sebabkan sebuah 'mug' yang apalah sangat harganya , dia ditengking di khalayak ramai . Fuhh ~ Jatuh market wa beb !



          "Kau nak ganti macam mana , bengong ? Kalau boleh di ganti , aku nak mesti ada tandatangan Seungri sekali !! Aku tak kisah kalau tak ada tandatangan Bigbang yang lain , tapi mesti ada tandatangan Seungri !! Kau mampu ganti ? Mampu ke ?!!"Arisa masih meninggikan suara . Matanya membuntang memandang wajah lelaki yang berdiri di hadapannya itu . Wajah lelaki itu kelihatan serba salah . Kalau ikutkan hati , mahu saja dia backhand mamat sengal ni . Namun , dadanya masih penuh dengan iman . Ditabahkan juga hatinya untuk bersabar . Terasa seperti segala usahanya untuk mendapatkan tandatangan semua ahli kumpulan Bigbang , menjadi sia-sia saja . Penat dia mencipta beribu alasan dan penipuan semata-mata ingin berjumpa dengan Seungri yang digila-gilakan selama ini , seperti membuat kerja bodoh saja . Kini semua bukti sudah terhapus sama sekali .


*********************************************


#baru sempat buat yg pertama punya . Skung tk sempat lh .. Wlaupun cuti , agak busy lh ><  Ade mse , smbung yg keduee :D