Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Tuesday 6 December 2011

Maafkan saya Abah !

                    Tukk.. Tukk..Tukk..         


            "Khadijah ! Bangun nak . Solat ! Waktu dah nak habis ni !"Pak Hamid mengetuk pintu bilik Khadijah bagi mengejutkan satu-satunya anak gadisnya itu .


            "Khad cuti , bah ! Abah janganlah kacau Khad !"Khadijah menjerit dari dalam biliknya . Dia yang sedang 'berbungkus' dengan selimut tebal mendengus kuat . Marah kerana tidurnya diganggu .

            "Kamu ni Khadijah ! Hari-hari cuti ! Kamu sakit ke nak ? Pagi nanti kamu suruh Pak Mad hantar kamu pergi klinik ya ?"Pak Hamid masih setia di depan pintu anaknya . Terdetik kerisauan di hatinya . Dia tak nak anak gadisnya itu sakit .


           "Khad okay ajelah bah ! Abah janganlah kacau Khad . Khad ngantuklah ! Penat !"Khadijah mula meninggikan suara . Rimas dia dengan sikap abahnya .'Asyik-asyik Pak Mad ! Asyik-asyik Pak Mad ! Bila pulak dia nak hantar aku ?'


          "Ya lah Khadijah . Nanti jangan bangun lewat sangat pulak . Hari ini kamu sekolah , kan ? Bangun awal sikit . Maybe hari ini abah balik lewat sikit tau ! "


        "Ya lah bah !"Khadijah menjawab malas . Tidurnya yang tergendala sebentar tadi disambung semula .



***************************


       "Selamat pagi Khadijah !"Mak Mah pembantu rumah keluarga mereka menyapa Khadijah yang baru sahaja duduk di meja makan .Baju tidur pink yang tersarung ditubuh anak gadis itu menandakan bahawa dia baru sahaja bangun tidur . 'Apa nak jadilah anak dara sorang ini . Pukul 10 baru nak bangun !'


      "Khad lah Mak Mah !"Khadijah membentak perlahan . Sudah berkali-kali dia mengingatkan pembantu rumahnya yang sudah dianggap seperti mak nya itu agar memanggilnya dengan panggilan Khad . Namun , tetap saja dia dipanggil Khadijah . Katanya , nama Khad tuh seperti Cat aje . Kucing ~


    "Kamu tahu tak setiap nama membawa maksud yang tertentu . Kamu begitu beruntung kerana nama kamu juga sama seperti nama salah seorang  isteri Rasulullahyang penyayang dan baik hati ."Mak Mah menasihati Khadijah .


    "Tapi Mak Mah , kawan-kawan Khad semua ada nama glamer tersendiri . Si Salina anak Dato' Mahadi tu , orang panggel dia Sally . Tu si Marry anak Dato' Salleh tu ! Nama sebenar dia Mariam . Semua kawan-kawan Khad ada nama glamer . Khad pun nak juga . "


     "Kenapa Khadijah perlu ikut orang lain ? Khadijah takut diejek ? Khadijah takut dipinggir ? Khadijah , biarkan orang kata apa . Pekakkan saja telinga . Khadijah tak kesian ke kat arwah mama ? Penat-penat dia pilih nama yang sesuai , tup-tup , Khadijah tukar nama Khadijah . Dah tu , nama macam kucing pulak tu . Cat , Cat ~ Haishhh .."Khadijah tertawa kecil mendengar ayat Mak Mah yang terakhir itu .


    "Ya lah , Mak Mah ! Khadijah akan ikut "


   "Ini baru betul anak gadis Saleha yang Mak Mah kenal !"Mak Mah mengusap lembut rambut lebat Khadijah . Khadijah tersenyum kecil . Dikucupnya kedua-dua belah pipi Mak Mah sebagai tanda sayangnya .


 
   "Aikk ?! Kamu hari ini tak sekolah ke ? Selasa bukan hari sekolah ke ?"Mak Mah bertanya . Pelik tengok Khadijah yang slamber badak aje bangun lewat .


   "Hehehe . Sakit perutlah Mak Mah !"Khadijah memberi alasan . Dia sebenarnya terlewat bangun .



    "Haishh ~ Ada-ada aje alasan kamu ya ? "Mak Mah mencubit pipi Khadijah lembut .



    "Ala Mak Mah . Hari ini aje . Lagipun bukannya disengajakan . "Khadijah memberi alasan sebelum berlalu pergi . Sempat lagi dia menjerit 'sayang Mak Mah' sekuat mungkin . Mak Mah hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah anak majikannya yang seorang ini . Pelik-pelik perangainya .



*****************************



      "Hai Siti Khadijah ! "Khadijah menoleh disebelahnya . Kelihatan susuk tubuh seorang remaja lelaki yang lengkap beruniform Kadet Polis berdiri di sebelah mejanya . Segak dan bergaya ! Lelaki itu menarik sebuah kerusi kosong yang bersebelahan dengan tempat Khadijah lalu melabuhkan punggungnya di situ .



     "Hai !"Khadijah membalas sapaan lelaki tersebut . Sebuah senyuman yang cukup lemak berkrim dihadiahkan kepada remaja lelaki tadi .


      "Kenapa semalam tak datang ? Boring tau duduk sorang-sorang !"Remaja tadi bertanya . Suara seperti orang tak puas hati . Khadijah tergelak kecil melihat memek muka remaja lelaki itu .


     "Orang serius , dia boleh gelak pulak !"Pipi gebu Khadijah dicubit kuat . Khadijah menjerit kesakitan .


     "Sakitlah Mustaqim ! Kita baru nak jawab , awak dah cubit . Macam mana nak cakap ? Huhh ! Tak nak kawan !"Khadijah memalingkan mukanya . Pura-pura merajuk . Giliran Mustaqim pula ketawa melihat muka monyok Khadijah yang macam cencorot tertelan biji durian .


      "Alaa alaa bucuk . Sorry lah wak . Kita gurau aje ."Mustaqim memujuk lembut . Khadijah hanya mendiamkan diri . Tidak mahu memberi sebarang reaksi .


     "Alaa intan payung berlian Mustaqim ni ! Tak comel lah kalau merajuk . Senyum sikit ."Mustaqim masih mencuba untuk memujuk . Masih tiada tindak balas  .


     "Baru pikir nak share Cadbury yang kita bawak tadi . Tapi kalau orang tu nak merajuk dengan kita nak buat macam mana . Terpaksalah kita makan sorang-sorang . Huhu ."Mustaqim membuat nada suara sedih . Sayu sahaja mendengarnya .


    "Hahhh ?! Cadbury ? Mana-mana ?!"Khadijah terus menoleh memandang Mustaqim . Bercahaya mukanya pabila mendengar jenama coklat 'feveret' nya itu .



    "Aikk ?! Tadi beria-ria nak merajuk !"Mustaqim memerli Khadijah . Khadijah tersengih menayangkan barisan giginya yang putih seputih model Colgate .


  
    "Tak jadi merajuk dah . Esoklah saya sambung . Mana coklat Cadbury tu ?"Khadijah mendesak Mustaqim . Tergelak Mustaqim melihat Khadijah yang serba tak kena itu apabila nama coklat kegemarannya disebut-sebut . Pelik juga dengan Khadijah . Kalau biasanya , anak-anak Dato' seperti Khadijah , mesti mengemari coklat-coklat yang mahal dan berjenama yang diimport . Tetapi tidak pada Khadijah . Hanya coklat yang murah dan selalu dijual ditepi-tepi jalan yang digemarinya .



Apabila di ajak makan pula , kedai-kedai mamak yang selalu dikunjung . Pernah juga Mustaqim bertanya , kenapa tidak di hotel-hotel yang mewah , jawabnya  'Kenapa nak berlagak macam ada duit yang banyak ? Senyap-senyap sudahlah . Lagipun , itu duit Abah , bukan duit kita . Hehe .'



      "Hahaha . Boleh pula macam tu ? Tunda merajuk . Haishh ~ Apa-apa sajalah hantu coklat ! Nah !"Mustaqim menhulur dua Coklat Cadbury bersaiz besar kepada Khadijah ! Khadijah tersenyum riang . Dikucup coklat itu berkali-kali .


      "Sayang awak , Mustaqim !"Khadijah menjerit kuat .



     "Ooo ~ Bila dah dapat coklat , baru nak sayang kita ! Kalau tak ? 'Kita benci awak ! Taknak kawan!"Mustaqim mengajuk ayat yang selalu diutarakan Khadijah apabila merajuk dengannya . Khadijah tunjuk isyarat 'peace' sambil tersengih .



****************************


     "Khadijah . Lambat balik nak ?"Pak Hamid yang duduk di atas sofa empuk di ruang tamu banglo mereka , menegur anak gadisnya yang baru pulang dari sekolah itu .


Khadijah yang baru saja masuk , mengerling ke arah jam Swatchnya . 2:00 p.m. . Apa yang lambatnya ? Memang hari-hari dia balik waktu sebegini .


     "Lambat ? Huhhh !"Khadijah mendengus kuat seraya berlalu pergi untuk naik ke biliknya . Baru anak tangga yang ketiga , kedengaran suara abahnya yang memanggil namanya lembut .


     "Khadijah . Abah tanya , kan ? Kenapa balik lambat ?"Pak Hamid berdiri memandang anaknya yang sudah berura-ura untuk menapak ke biliknya .



     "Apa yang lambatnya bah ? Memang waktu macam ni Khad selalu balik ! Selalunya , ada Abah peduli ke Khad balik pukul berapa ? Abah tak pernah ambil tahu pun ! Kenapa tiba-tiba abah nak busybody pulak bertanya ? Abah mengigau ae ?"Khadijah bertanya sinis . Tesentak Pak Hamid mendengarnya . Tak sangka anak gadis yang sudah 17 tahun di bela dan dijaga boleh meninggikan suara sebegitu rupa . Mahu menitis air matanya .


    
     "Khadijah . Abah tahu abah banyak buat salah dengan Khadijah . Abah tahu selama ni abah terlaluu sibuk dengan tugas abah hingga lalai dan alpa untuk memberi sepenuh kasih sayang abah terhadap Khadijah . Tapi abah dah menyesal . Abah dah sedar . Maafkan abah , Khadijah ."Pak Hamid seakan merayu . Air matanya sudah mulai membasahi pipi .



     "Hahahaha ! Baru sekarang abah nak menyesal ? Kenapa bukan dulu ? Kenapa bukan time arwah Mama pergi tinggalkan kita semua ? Kenapa bukan time Khad hampir menemui ajal Khad ? Kenapa bah ? Kenapa ?"Khadijah menjerit kuat . Segala perasaan yang terbuku di hati diluahkan . Dia berpura-pura berkata sinis walaupun hakikatnya dia sendiri mahu menangis . Namun kerana ego , di bina empangan yang sekukuh-kukuhnya agar air matanya tidak jatuh di hadapan orang yang digelar -Abah !


Mak Mah yang mendengar jeritan dari ruang tamu itu , bergegas keluar menjenguk . DIlihatnya majikannya sedang menangis manakala anak majikannya pula sedang ketawa yang jelas sungguh ketawa yang terpaksa .



      "Khadijah , bukan niat abah . Time arwah Mama pergi tinggalkan kita , abah pun rasa kehilangannya . Namun , abah tak mahu kamu lihat abah menangis di hadapan kamu . Abah tak mahu tunjukkan kesedihan abah dan disebabkan itu abah sengaja menyibukkan diri Abah . Wajah kamu yang seiras dengan arwah Mama membuatkan abah sayu apabila melihat kamu. Semasa kamu kemalangan dan koma , siapa kata abah tiada disisi kamu ? Setiap masa abah berada disampingmu sayang . "



    "Semua yang abah kamu kata tu , betul Khadijah ."Mak Mah membela Pak Hamid .



   "Tipu ! Khadijah tak percaya ! Semua ni propa aje ! Khad tak percaya ! Khad benci Abah !"Khadijah menjerit kuat sebelum berlari mendaki anak tangga untuk kebiliknya . Dihempas pintu biliknya sekuat hati tanda protes . Air mata sudah berguguran .



    "Tipu ! Abah tipu ! Khad benci abah ! Mama! Khadijah rindu mama ! Khadijah rindu sangat-sangat ! Kenapa orang tak pernah paham Khadijah ma ? Mama ! Khadijah nak mama !"Khadijah menangis meluahkan segala perasaan yang terbuku di hati . Segala kerinduannya di luahkan di sebingkai 'frame' milik mamanya . Hanya itu satu-satunya barang kenangan miliknya dan mamanya . Kesemua harta mamanya yang lain sudah dibakar oleh Abahnya . Disebabkan hal itu juga , kebenciannya terhadap Abah , menggunung tinggi ! Setinggi gunung Everest .



Petang itu , Khadijah tertidur dengan baju sekolah yang masih tersarung di badan dan bingkai frame mamanya dipeluk erat . Seerat rindunya terhadap mamanya .



********************************



          "Khadijah ."Khadijah terbangun apabila mendengar suara yang amat dikenali dan dirindui memanggil namanya . Ditoleh kanan dan kiri . Semuanya serba putih .


      "Aku kat mana ni ? "Khadijah berdiri . Dipandang sekelilingya yang serba putih itu . Dia mula kalut .


     "Khadijah !"Suara itu kedengaran sekali lagi . Tapi kali ini lebih kuat daripada tadi .


    "Mama ! "terpacul perkataan itu dari mulutnya . Ya ! Suara itu amat dikenali . Suara yang amat-amat dirindui . Suara yang siang malam ditangisi . Suara mamanya !



    "Mama ! Mama kat mana ?"Khadijah menjerit kuat . Air matanya mula bergenang . Dipandang sekeliling . Kosong !  


    "Mama ! Mama kat mana ? Khadijah rindu mama ! Mama !"Air mata mulai merembes keluar .


 
    "Sayang ! Mama kat sini !"Khadijah menoleh kebelakang . Kelihatan mamanya yang serba putih di belakangnya . Senyuman kecil menghasi bibir merah milik wanita itu .



   "Mama !"Khadijah berlari ke arah mamanya . Dipeluk tubuh mamanya erat seolah tak ingin dilepaskan . Dia tak ingin mamanya pergi buat kali kedua .



    "Sayang ! Mama harap kamu dapat maafkan Abah ya sayang ? Mama tak suka tengok kamu bermasam muka dengan abah . Tahukah kamu bahawa abah kamu lah yang banyak bersusah payah demi kita semua ? Maafkan abah ya sayang ?"


   "Tapi ma...."


    "Sayang . Abah kamu sebenarnya sangat sayangkan kamu . Cuma dia tak tak tahu macam mana nak luahkan . Khadijah sayang mama ?"


   "Sayang ma ! Sangat-sangat !"



   "Kalau sayang , berjanji dengan mama yang kamu akan berbaik dengan papa ."


   "Khadijah janji ma !"Khadijah berkata lembut . Dieratkan lagi pelukannya terhadap mamanya itu . Matanya di tutup sekejap . Apabila dibuka sahaja kelopak matanya . Mamanya sudah tidak kelihatan lagi .


   "Mama ! Mama !"Khadijah menjerit memanggil mamanya . Air mata kembali membasahi pipi mulusnya . Khadijah terjelepuk jatuh .


  "Mama . Khadijah sayang mama . Khadijah sayang Abah . Khadijah janji Khadijah akan bahagiakan Abah . Mama , Khadijah sayang mama ."Khadijah berkata perlahan . Air mata masih lebat menuruni pipi .



Khadijah tersedar dari mimpinya . Dipandang sekeliling . Ini bililknya . Dia bermimpi rupanya . Disentuh pipinya lembut . Basah ! Mimpi itu seakan benar . Khadijah kembali tersesak . Esok dia akan meminta ampun kepada Abahnya . Itu janjinya .



*******************************



              "Assalamualaikum Mak Mah !"Khadijah menegur Mak Mah yang sedang sibuk menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga . Mak Mah berpaling memandang Khadijah yang sudah lengkap dengan uniform sekolah .


 
             "Waalaikummussalam Siti Khadijah ."Mak Mah membalas salam gadis tersebut . Sebiji pingan di letak dihadapan Khadijah . Nasi goreng disenduk ke dalam pinggan .



             "Abah mana Mak Mah ?"Khadijah bertanya . Dia ingin meminta ampun kepada abahnya . Dia harus memohon maaf kerana itu janjinya pada mama semalam .


   
            "Abah kamu dari pagi lagi sudah keluar . Ada hal katanya ."Mak Mah menjawab tenang . Khadijah yang mendengar berasa hampa . Nampaknya niatnya tadi akan ditunda buat sementara waktulah . Tidak mengapalah . Khadijah menghabiskan sisa makanannya dengan cepat .


          "Mak Mah . Khadijah pergi dulu . Assalamualikum ."Khadijah mencium tangan Mak Mah sebelum berlalu pergi . Sekolahnya sedang menanti .



         "Waalaikummussalam!"


******************************



        "Happy Birthday Siti Khadijah !!"Khadijah yang baru sahaja menjejakkan kaki di kelasnya itu terkedu apabila mendengar jeritan satu kelas yang mengucapkan selamat hari jadi buatnya . Khadijah terpinga-pinga seketika . 'Happy Birthday ? Birthday siapa? Siti Khadijah ?  Dalam kelas ni aku seorang aje Siti Khadijah . Hari ni birthday aku ? 18 haribulan . Hari ni 18 haribulan !! Ya Allah ! Hari ini birthday aku ! Macam mana aku boleh  pulak ! 'Khadijah menepuk dahinya kuat . Macam mana lah dia boleh lupa .



     "Thanks guys !"Khadijah menjerit kuat . Air matanya bergenang . Terharu sungguh . Sungguh tidak sangka , satu kelas mengingati tarikh ulang tahunnya . Sedangkan dia sendiri lupa .



    "Sudah tua kau ya Khadijah !"satu suara sumbang menjerit kuat . Satu kelas ketawa mendengarnya . Khadijah yang mendengar juga ketawa . Dia terus duduk di  tempatnya kerana sebentar lagi kelas akan bermula .


   "Nah ! Kita tak kaya macam awak  . Hanya ini sahaja yang kita mampu beli ."Mustaqim menghulur sebuah kotak sebesar telapak tangan kepada rakan baiknya itu . Khadijah mengambil dengan senyuman yang lebar .


   "Thanks awak ! Ini pun kita sudah terharu gila . Terima kasih sangat sangat ! Kita sayang awak !"Khadijah mengucapkan terima kasih . Mustaqim tersenyum sambil mengangguk . Gembira rasa hatinya kerana orang yang diminati dalam diam itu menerima hadiah tidak seberapanya itu . Belum sempat dia menjawab , guru mata pelajaran Sejarah mereka memasuki kelas .



***********************************


      "Assalamualaikum . Minta maaf ya Cikgu Latifah . Minta perhatian sekejap ."Tiba-tiba guru kelas , Cikgu Fikri ,  memasuki kelas . Cikgu Latifah yang ketika itu sedang mengajar , mengangguk memberi kebenaran .



     "Siti Khadijah !"Khadijah yang mendengar namanya dipanggil memandang . Tiba-tiba , hatinya berdegup kencang seolah-olah sesuatu yang buruk bakal berlaku .


    "Ya cikgu !"


   "Kemas barang kamu . Ikut cikgu sekarang ."Cikgu Fikri memberi arahan . Satu kelas memandang ke arah Khadijah  . Semua tertanya-tanya . Kenapa ?


Khadijah hanya menurut walaupun dia sendiri tertanya-tanya . Dikemas alat tulisnya . Buku dimasukkan ke dalam beg . Mustaqim disebelah dikerling . Selesai sahaja mengemas , dia bergerak  ke arah Cikgu Fikri . Hatinya semakin tidak keruan . Jantungnya berdegup kencang . Sangat kencang .


 Sampai sahaja di depan kelas , dia bertanya kepada Cikgu Fikri .



      "CIkgu . Boleh saya tanya kenapa ?"Khadijah bertanya . Cikgu Fikri memandangnya dengan pandangan sayu . Khadijah merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku .


     "Khadijah . Cikgu harap kamu bersabar . Pihak polis baru sahaja menghubungi pihak sekolah . Ayah kamu ..."


   "Kenapa dengan ayah saya cikgu ?!!"Khadijah bertanya panik .


   "Ayah kamu kemalangan !"Cikgu Fikri menjawab laju . Selesai saja ayat itu dihabiskan , Khadijah tersentak ! Kakinya menggigil . Badannya terasa sejuk semua . Kakinya seolah-olah tidak dapat menampung berat badanny . Khadijah terjelepok di hadapan kelas . Air mata jatuh berjuraian seolah-olah takkan berhenti .


  "Abah ! Abah !"Khadijah menjerit sekuat hati . Tidak dihiraukan sekelilingnya . Hanya abah berada di fikiran . Abah ...


Mustaqim bergegas ke arah Khadijah . Dipegang bahu Khadijah yang sudah meraung-raung memanggil abahnya .


   "Khadijah . Kenapa ni ? Cikgu Fikri ? Kenapa ?"Mustaqim bertanya . Bahu Khadijah digoncang kuat .



   "Qim ! Abah , Qim ! Khadijah nak abah !"Khadijah menjerit kuat . Habis sahaja ayat terakhirnya itu , Khadijah longlai di pangkuan Mustaqim . Khadijah pengsan !



****************************************

                             ini lah saat terakhirku melihat kamu
                              jatuh air mataku menangis pilu
                        hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih



Berjuraian air mata Khadijah setiap kali mendengar lirik lagu itu . Kini sudah lima tahun berlalu . Rasa terkilan dan kecewa kerana tidak sempat memohon maaf masih bersarang dalam hati . Seandainya dia tidak mempertahankan egonya , pasti sekarang dia takkan terasa terkilan sehingga kini . 


        'Maafkan Khadijah abah ! Khadijah banyak lukakan hati abah ! Khadijah sayang abah ! 
Maafkan Khadijah mama ! Khadijah tak sempat nak tunaikan janji Khadijah . Mama , maafkan Khadijah . Abah , ampunkan Khadijah ! Khadijah sayang Abah dengan Mama . Sayang sangat-sangat !'



       "Sayang ? Kenapa nangis ni ? Ingat benda yang dah lepas ya ?"Mustaqim memegang erat tangan isterinya  yang sedang termenung di balkoni rumah mereka itu . Khadijah terus menyeka air matanya . Tidak mahu suaminya melihat dia menangis .


       "Khadijah rindu mak dengan Abah !"Khadijah berkata perlahan . Suami yang baru dikahwini setahun lepas itu dipeluk erat . Mustaqim membalas pelukan Khadijah .


     "Sabarlah sayang . Mesti abah dengan mama tak suka tengok Khadijah macam ni . Semua ni pasti ada hikmahnya . Jangan sedih-sedih lagi ya ?"Mustaqim memujuk Khadijah . Khadijah tersenyum kelat . 



   'Abah , Mama ! Semoga kalian tenang di sana . Khadijah sayang Abah dengan Mama !'



***********************************

#my first short story . Sory kalau tk best :/

Monday 5 December 2011

I LOVE YOU ! (4)

           "Ricky ? Kenapa muka monyok aje ni ? Kamu sedih ya sebab kita kena pindah dari sini ? Mama tahu hati kamu berat nak pergi dari sini . Tapi sabarlah sayang . Nanti dekat Negeri Sembilan nanti , pasti kamu akan dapat ramai kawan macam kat sini ."Puan May memujuk anak tunggalnya itu yang sejak dari  pulang dari sekolah tadi , asyik termenung saja . Bila diajak makan , tidak mahu . Ditanya kenapa , hanya menggeleng .


 
          "Nothinglah ma . I'm okay !"Ricky menjawab lemah . Dipandang biliknya yang sudah kosong itu  . Hanya terdapat sebuah almari dan tilam sahaja . Semua barang yang lain sudah di bawa pergi sejak minggu lepas lagi . Esok merupakan harinya yang terakhir di Johor Bahru ini . Selama 14 tahun hidup di sini , tiba-tiba daddnya yang merupakan seorang bussinesman terpaksa berpindah atas alasan , mendapat tawaran yang lebih baik di sana . Dia hanya mampu mengikut . Tiada kuasa untuk membantah .




          "Take your rest . Tomorrow will be our last day . There's many thing to do . Good night dear !"Puan May meninggalkan anaknya keseorangan . Tidak mahu menggangu Ricky yang pastinya mahu sendirian .


Ricky menhantar kepergian mamanya dengan pandangan matanya sahaja . Perpindahannya itu sudah diberitahu kepada Farid , Steve dan Suresh . Tidak ramai yang mengetahui . Hanya rakan sekelas dan guru yang mengajarnya sahaja . Perpindahan yang terlalu cepat ini membuatkan dirinya berubah seketika . Terasa berat pula ingin meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan kenangan itu .



          "Ermm . Qistina , kalau lah kau tahu isi hati aku yang sebenar . "Ricky mengeluh perlahan . Komputer riba jenama Acer yang elok tersadai di atas tilam , dibuka . Yahoo Messanger di tekan . Matanya melilau mencari sebaris nama yang selalu mendengar luahan perasaannya . Penemuannya berjaya namun orang yang dicari tidak 'online' pula . Hampa ! Baru sahaja mahu mengundurkan diri , tiba-tiba kotak mesejnya berbunyi menandakan orang yang dicari sudah dapat dihubungi . Tertera di sebaris perkataan di kotak mesejnya itu .




         BungaSalju : Hey ! Busy ?


         PuteraUngka : Hey to you too ! Busy ? No lahh . I thought you  you were not online . I was  just about to offline when you suddenly give me the message .


         BungaSalju : Oh yeah ? Thanks God ! My luck ~ :D


         PuteraUngka :  Yeah ! Your luck . Hurmmm ~


         BungaSalju : PuteraUngka ! Why you seem so sad today ? Wanna share with me ?


         PuteraUngka : My family akan pindah . Tomorrow will be our last day at Johor Bahru .


         BungaSalju : So kamu sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan-kawan kamu lah ?


         PuteraUngka : You're right . But there is one more reason .


          BungaSalju : The person that you love will apart from you , right ?


         PuteraUngka : Ohh Bunga ! You were right ! Sy sdih sgt . Sy nk luahkn prsaan sy kt dia . Tapi sy tkut . Tkut utk mnerima hkikat kalau dia tk dapat terima sy . Even , dia sendiri tk thu sy akn pindah . Mcm mane die nk thu kalau sy sndri tk pernah bagitahu , kan ? Tp perlu ke sy bgithu ? Sy tk pernah try rapat dgn die . Tegur die pun tk pernah . Oh ! Pernah ! Sy pernah tegur die . Dan balasannya , sy mndpat penyepak free drpd dia . Huhuhu . So , do you think I should tell her about my feeling ?


          BungaSalju : Wow ! That girl must really fierce like a tiger , kan ? Hehe . Kidding . By the way , about the feeling , itu bergantung kpd kamu sndri .  Kalau kamu rse jike kmu bgthu die , dri kamu akn tenang , just do it .  Kalau kmu tkut dapat pnyepak buat kali kedua , you can give her something as well as a necklace and pass to her bestfriend . If you wanna be a gentleman , see her and talk smoothly . Heart to heart ~ Maybe she will understand and give you some answer . But , I'm so sorry if suddenly your face become lempeng for one more time . Hehe .


         PuteraUngka : Hehehe . Thanks Bunga ! Your advise give me some inspiration . Hehe . I thought I will be a gentleman . Pray for me yea ?



Ricky berasa puas apabila sesi luahan hatinya berakhir dengan tenang . Dia rasa dia sudah tahu apa yang patut di buat . Terima kasih juga kepada sahabat alam mayanya yang hanya dikenali sebagai BungaSalju itu . Pernah ditanya apakah nama sebenar , namun hanya 'adalah' sebagai jawapan . Kini sudah 7 bulan dia berkawan dengan 'Bunga' . Tidak pernah pun dia melihat wajah sebenar Bunga . Bujur kah ? Bulat kah ? Ahhh ! Ketepikan soal itu semua . Yang pasti dia bersyukur dapat mengenali Bunga yang sudah dianggap sebagai 'advisor'nya itu . Sentiasa memberi kata semangat dan pandangan untuk dirinya .


Ricky tersenyum senang . Tidak sabar menunggu esok . Rancangan harus dijalankan ! Handphone blackberry hadiah daripada Daddy dicapai . 


                    
                To : Farid Fred - Bro ! Esok teman aku jom !  


Tak sampai beberapa minit , Blacberry Ricky berbunyi tanda terdapat mesej masuk .


               From : Farid Fred - Kau bukan nak berambus ke esok ?



              To : Farid Fred - Ayat lu macam nak halau wa jee ?



              From : Farid Fred - Lu baru perasan ka ? Haha . Joking . Kau nak kemane esok ?



             To : Farid Fred - Hoho ! Lu mmg dh lame tk mkan kasut saiz 7 ya ? Btw , adalah ! 



            From : Farid Fred - Saiz 8 ada ? Saiz 7 kecik sangat ! Tak sodapp !! Ermm . Ya lah ! Steve ? Suresh ?



            To : Farid Fred - Maaf ! Saiz 8 sudah kehabisan stok ! Ehh . Steve ngan Suresh jgn bgtw . Harok lh mamat dua ekoq tuh !



            From : Farid Fred - Alaaa ~ Dah habis ke ? Ni yang nak nangis ni ! :'(   Okayyy !


Dan mesej mereka mulai berkisar tentang benda lain pula . Bola sepak , sepak takraw seginggalah , Datuk Siti Nurhaliza .



**********************

I LOVE YOU ! (3)

             "Hahahahahahahahahaha . Kenyang tak makan penyepak tadi ? Hahaha . Tu lah ! Gatal sangat nak main api dengan harimau betina tuh , kan dah dapat signature ."Farid menepuk bahu Ricky berulang kali . Ditekan-tekan perutnya gara-gara ketawa yang terlalu keterlaluan . Mengalahkan chimpanzee yang duduk kat Zoo Negara pula. Steve dan Suresh ikut ketawa mendengarnya .



             "Kau ni kan ! Memang tak ada semangat setia kawan betul ! "Ricky mengusap pipi kirinya yang sebentar tadi ditampar Qistina . Terlihat bekas tamparan yang berwarna merah di pipinya itu . Seperti memakai blusher jenama M.A.C pula . Tapi yang peliknya , hanya kiri saja 'berblusher' . Yang kanan masih setia putih . 'Adoi ! Peritnya .'Ricky mengumam dalam hati .



             "Luckily dia tampar time nak rehat . Kalau awal waktu ? Memang muka kau tuh bertukar jadi babun lah nanti ! Kena cakar dengan harimau betina itu ."Suresh masih galak mentertawakan Ricky yang berkerut-kerut menahan sakit . Mana tak sakitnya kalau kena tampar dengan kelajuan 200km/j . Bagai  M16 bertemu bazooka ! Dia yang melihat pun berasa ngeri . Apatah lagi Ricky !



            "Farid ! Nah !"Tiba-tiba Dahlia , ketua pengawas petang , datang menghampiri meja mereka . Dahlia menghulur sebuah bungkusan berwarna merah kepada Farid . Farid mengambilnya sambil tersenyum jahat .



            "Mana kau dapat ? Cepat gila ! Baru minta dah dapat ! Dahsyat !"Farid bertanya pelik . Ricky Suresh dan Steve berpandangan . Keliru . Sejak bila pulak Farid , hantu sekolah ni , rapat dengan Dahlia , orang yang paling berpengaruh di sekolah ?



           "Dari bilik pengawas . Semalam kan ada sporcheck . Ada minah ni yang bawa . So kitorang rampaslah . Then kau minta tadi , aku senyap-senyaplah ambil kat bilik pengawas . By  the way , kau nak buat apa ?"Dahlia bertanya . Pelik kerana Farid tiba-tiba datang menemuinya dan bertanyakan 'barang' tersebut . Barang perempuan pulak tu . Farid nak 'transform' ke ?



         "Ala . Adalah ! Rahsia . Mana boleh bagitahu . By the way , thanks tau !"Dahlia hanya mengangguk sebelum berlalu pergi . 'Lantak kaulah Farid !'



       "Eh bro ! Sejak bila pula kau rapat dengan Dahlia ? Bukan dulu kau anti ke dengan dia ?"Steve bertanya setelah Dahlia berlalu pergi . Setahunya , Farid paling anti dengan Dahlia gara-gara Dahlia pernah menangkapnya semasa mereka sedang merokok di tandas lelaki . Disebabkan itu , mereka digantung sekolah selama seminggu . Sejak dari peristiwa tersebut , mereka sepakat untuk meng-anti Dahlia selamanya .


 
      "Sejak aku tahu yang dia itu , dua pupu dengan aku ."Farid menjawab selamba . Air milo dihadapannya dihirup perlahan .



     "Serious ?"



    "100% serious ! "



   "Woww ! Patutlah . Eh , apa benda yang dia bagi kat kau tadi ? Sharelah !"Suresh bertanya teruja .



    "Hehe . Adalah ! Benda ni khas untuk Ricky sahaja !"Farid menekankan ayat 'sahaja' itu . Ricky terus menoleh .


 
     "Apa benda tu ?"Ricky bertanya . Dilihatnya bungkusan yang berbalut merah sebesar tapak tangan budak lima tahun itu . Kertas merah yang berbalut itu kelihatan agak menyeramkan kerana merahnya yang sangat pekat . 'Bom ke ?'



       "Bukalah !"Farid meletakkan bungkusan itu di hadapan Ricky . Ricky mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain .



       "Tak nak lah ! Entah-entah bom !"Ricky menolak bungkusan itu .



       "Kepala botak hang ! Buka aje lah . Penakut betul !"



       "Taknak !"



      "Bukak aje lah !"



      "Taknak !"



      "Bukak !"



       "Bak lah aku bukak !"Steve merampas bungkusan itu dari tangan Faris lalu membukanya .



      "What ?! Blusher !! What for ?"Steve bertanya pelik apabila melihat isi bungkusan itu iaitu blusher jenama M.A.C berwarna pink .



       "Benda ini untuk letak kat pipi Ricky yang dah macam badut tu . Takkan lah sebelah je warna pink . Biarlah dua-dua sekali warna pink . Kan Ricky kan ?"dicolek sikit blusher itu dengan hujung jarinya lalu dicalit ke pipi kanan Ricky yang masih putih itu .



     "Farid !!"



********************



      "Qistina ! "Qistina berpaling apabila mendengar namanya disebut .


 
      "Ricky ?! Ermmm . You nak apa ? Nak sakitkan hati I lagi ? Nak malukan I macam tadi ?"Qistina bertanya sinis kepada Ricky yang sudah berada di sebelahnya . Tanpa memperdulikan jawapan yang bakal diberi , Qistina terus berlalu pergi meninggalkan Ricky yang tercungap-cungap kerana tak cukup tanah bagi mengejar Qistina tadi .



       "Qis ! I'm so sorry ! I don't meant it !"Ricky menjerit dan cuba menyaingi langkah Qistina yang laju itu . Semput dibuatnya .



      "Whatever . Do I care ? "Qistina membuat muka menyampah . Marahnya terhadap lelaki cina itu masih menebal . Malu dia dibuatnya gara-gara lelaki itu menjerit tiga perkataan keramat itu dengan kuat . Terasa seperti dia ditertawakan dan diperli seluruh kelas .



     "You don't care ! But I care !"Ricky menarik lengan Qistina . Niatnya ingin memberhentikan Qistina yang jalan seperti tak cukup tanah itu terbantut apabila Qistina menarik kuat lengannya dari genggaman Ricky .



      "What you care ?! You dah malukan I ! Baru you nak minta maaf . Ricky , I know it just a game . But don't you think about people around ? Mereka akan menjaja cerita ni ke sana ke mari . Bagi you , it just a small matter . But to me , its a big matter to face people that will always talk behind me ! So the point is , you never care and you dont care !!"Qistina membentak keras ! Air matanya mula bergenang . Di binanya tembok sebesar mungkin agar air matanya tidak tumpah di hadapan lelaki cina itu . Dia tak tahu kenapa dia perlu menangis . Tapi yang pasti , dia rasa begitu sedih dan kecewa . Kenapa dengan hatinya ini ? Kenapa ?



       "Girl . Please dont cry ! I hate to see you crying . My heart wont stop beating when see my lovely person felt down . I'm so sorry . I know its my fault . But please forgive me !"Ricky merayu . Hiba hatinya melihat anak mata Qistina yang sudah berair itu . Hatinya gelisah melihat orang yang disayangi sedang berduka gara-gara dirinya . Ini semua salahnya .



        "I HATE YOU !"Qistina menjerit kuat sebelum berlari meninggalkan Ricky sendirian . Air matanya bercucuran laju selaju air hujan yang mulai membasahi bumi . Kenapa hatinya rasa sakit ? Kenapa ya Allah ?




       "But Qistina . I love you !"Ricky berkata perlahan . Dia hanya mampu melihat Qistina pergi  . Hujan yang mulai membasahi dirinya tidak diihiraukan . Bagaimana jika tiada hari esok ? Bagaimana jika dirinya jauh dari Qistina ? Bagaimana jika suatu hari nanti Tuhan mengambilnya dari terus menyayangi Qistina ? Bagaimana ? Tabahlah hati . Walauapapun yang terjadi , Qistina pasti menjadi miliknya .