Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Sunday 18 December 2011

Aku benCinta Kamu -1-

            "Sekolah kita akan mengadakan Program Pertukaran Pelajar Antara Negeri untuk pelajar-pelajar tingkatan empat . Kementerian telah membuat kelainan kerana hanya lima orang sahaja pelajar kita yang akan bertukar dengan pelajar dari sekolah lain . Bukan itu sahaja , lima pelajar tersebut , tidak akan bergabung di bawah satu sekolah . Tetapi .. Setiap seorang pelajar akan mendapat sekolah yang lain dan juga , negeri yang lain ! Jangan risau , setiap peserta akan diiringi oleh seorang guru pengiring . Kenapa begitu ? Entahlah ! Saya pun tidak tahu ! Saya hanya menjalankan tugas ! So , dekat papan kenyataan nanti , ada nama-nama pelajar yang terpilih dan guru pengiringnya , sekolah serta negerinya sekali . Sekian , terima kasih ." perhimpunan pagi SMK Megat Syah itu berakhir dengan pengumuman tentang pertukaran pelajar oleh guru penolong kanan , Encik Zarif . Riuh seketika dewan SMK Megat Syah dengan hiruk-pikuk pelajar-pelajar yang tidak sabar melihat , siapa yang terpilih untuk pertukaran pelajar tahun ini . Adakah pelajar cemerlang 8A atau pelajar terbilang 8E ? Semuanya masih menjadi teka-teki .


Kalau pelajar lain sedang sibuk berteka-teki , tidak pula bagi dua orang 'minah' yang kini mungkin sudah berada jauh dari bumi . Mungkin Pluto . Mungkin Zuhrah atau paling-paling , sebuah planet yang tidak diketahui kewujudannya . Itulah dia dua orang sahabat karib yang sekali pandang macam kembar , dua kali pandang macam belangkas . Siti Laila binti Ghazali dan Nurul Fatiha binti Abd.Kadir . Pelajar-pelajar cemerlang PMR tahun 2010 . Nampak seperti pendiam , tapi hakikatnya , hanya orang-orang yang tertentu saja yang tahu ,.



***************************



            "Ehemm-ehemm ! Tumpang lalu !"Siti Laila mengehem perlahan mengarahkan sekumpulan pelajar yang sedang berkumpul di depan papan kenyataan yang telah menyebabkan laluannya ke kelas tersekat agar memberi sedikit ruang untuk dirinya yang tidaklah sebesar gajah untuk berjalan . Dehemannya itu tidak dihiraukan langsung oleh para pelajar yang sedang berasak-asak itu .



             "Wahai sekalian makhluk . Tumpang lalu boleh ? Kelas dah nak start ni !"volume suaranya dinaikkan sedikit , Masih tiada respon .



              "Korang ! Boleh bagi aku lalu tak ? Aku dah lambat !"daripada volume 5 , dinaikkan ke 7 per 10 . Masih tiada sebarang tindak balas kimia . Apa masalah budak-budak ni ? Tak korek telinga seratus tahun ke ? Pekak sedara badak betul .



               "Woiii !!! Korang pekak ke apa ? Aku nak lalulah bijakk !!!"seakan DVD Player , kawasan papan kenyataan yang tadinya riuh rendah terus menjadi senyap . Tiada suara . Bunyi orang menelan liur pun tiada ! Semua bagai terpaku mendengar suara Siti Laila yang bagaikan halilintar itu . Ini sudah 15 per 10 ! Sudah tahap terlebih maksimum !



                "Huh ! Aku pikir pekak tadi !"Siti Laila bergerak kehadapan . Semua pelajar memberi laluan bagaikan dia itu seorang permaisuri kejam yang menaiki takhta selepas berjaya membunuh si putera raja . Lepas saja daripada kawasan papan kenyataan , keadaan menjadi seperti asal . Haruk plus pikuk !



****************************



                 "Yow sistah ! Why ? Muka macam orang tertelan biji durian aje ?"Nurul Fatiha memulakan mukadimahnya setelah melihat Siti Laila duduk di sebelahnya , di kelas .



                  "Nothing lah ! Pelik ! Kenapa budak-budak kat sekolah ini dilahirkan pekak !"Siti Laila mendengus kuat . File hijau yang selalu diusung ke sana ke mari dihempas kuat .



                 "Wanna share with me ?"Nurul Fatiha menawarkan telinganya . Muka monyok Siti Laila dipandang sekilas .



                 "Thanks but no thanks ! Maybe next time ."Siti Laila berkata perlahan .



                 "Its up to you ! "Nurul Fatiha tersenyum kecil . Faham dengan perangai iti Laila . Kalau moodnya sedang berada di paras 100 darjah selsius , jangan ditanya banyak ! Senyap adalah jalan yang terbaik .



                 "Congrats girls !"Hazim Zainal tiba-tiba mencelah diantara mereka berdua . Siti Laila dan Nurul Fatiha memandang pelik . Dah kenapa mamat ni ?



                 "Congrats ? Ehem... For what ?"Nurul Fatiha bertanya pelik . Dia ada menang apa-apa anugerah grammy ke ? Atau dia telah berjaya mendapat keputusan cemerlang untuk exam setengah tahun ? Tapi takkan lah ! Sudah dua bulan exam itu berlalu . Keputusan pun sudah dapat .



                "Lah ? Korang tak tahu ke ?"Soalan di balas soalan kembali .



               "Ehh Hazim ! Hangin aku tengah tak baik ni ! Baik bagitahu cepat atau kau teringin nak makan penyepak free dari aku ?"Siti Laila menggertak . Tapak tangannya di tunjuk di hadapan muka Hazim .



               "Err .. Sorry ! Sorry ! Tahniah coz' berjaya korang berdua terpilih menjadi peserta untuk Program Pertukaran pelajar tu . "Hazim memberitahu berita yang sudah sahih diterimanya sebentar tadi .



               "Hahh ?! Program apa itu ? Kenapa aku tak pernah dengar . Fath , kau tahu ke ?"Laila bertanya . Dahinya berkerut-kerut mengalahkan nenek tua . Fatiha menggelengkan kepala . Kenapa tak pernah tahu pun wujudnya program tersebut .



             "Lahh ! Kan tadi cikgu dah cakap kat dewan ! Tu lah , busy sangat dengan buku sampai korang terpilih pun tak tahu ."Hazim memerli . Nurul Fatiha dan Siti Laila masih terpinga-pinga .



             "Mana kau tahu ?"Nurul Fatiha bertanya kuat .



            "Dekat papan kenyataan kan dah tertampal besar-besar ! Pergilah check ! Tengok korang dapat sekolah mana ."Hazim memberitahu sebelum berlalu pergi ke tempat duduknya .



 Habis saja informasi yang baru didapati ,mereka berdua bergegas berlari keluar daripada kelas dan terus menuju ke arah papan kenyataan . Dan , apa yang dikata semuanya fakta belaka !!


**************************



                          Senarai Peserta Program Pertukaran Pelajar anjuran KPM 2011

 1. Farizuan Azlee Bin Mokhtar/Encik Fariz Bin Karim  - SMK Dato' Muhammad , Perak .

2. Muhammad Akmal Bin Kamal/Encik Zahar Mansor   -  SMK Tunku Khalid , Negeri Sembilan .
        
 3.Siti Laila Binti Ghazali/Cik Asmida Zakaria   -  SMK Sultan Ahmad Syah , Kedah

4.Nurul Fatiha Binti Abd.Kadir/Puan Lim Khoii Wee  - SMK Tunku Iskandar , Pulau Pinang .
         
 5.Adibah Habsah Binti Sharizuan/Cik Hasbibah Ali  - SMK Engku Faridah , Johor .


P/s : Sebarang perubahan tempat atau negeri akan diberitahu . Pada Sabtu ini , bakal diadakan perjumpaan di Bilik Penolong Kanan dan semua peserta diwajibkan hadir ! Ulang kepada yang rabun , WAJIB !!


********************************



             "Yeayy !!"


            
             "No way !!"


Habis saja membaca nota tersebut , Siti Laila dan Nurul Fatiha menjerit serentak namun berlainan perkataan . Nurul Fatiha menjerit kegembiraan manakala Siti Laila pula menjerit ketidaksudiaan . Mereka saling berpandangan .


           "Kenapa kau tak suka ?"Nurul Fatiha bertanya pelik . Setahunya , inilah yang diidamkan mereka berdua . Program Pertukaran Pelajar . Namun , terbit rasa kecewa juga kerana program kali ini , hanya seorang pelajar untuk sebuah sekolah . Ini bermakna , mereka berdua takkan perg bersama . Mungkin , inilah punca utama kenapa Siti Laila menjerit tidak suka .


          "Sekolah ini ! Aku kenal sangat sekolah ini ! Kenapa aku yang dipilih untuk ditukar di sekolah 'disaster' ni ?"Siti Laila menjerit kuat . Mukanya nampak jelas bahawa dia amatlah tidak sudi . Tapi kenapa ?



         "Hei kamu berdua ! Kenapa masih berdiri tercegat di sini ? Tahu tak sekarang waktu belajar ! Balik ke kelas masing-masing ! NOW!!!"tersentak Siti Laila dan Nurul Fatiha mendengar suara Ketua Pengawas sekolah mereka , Muhd.Azman , yang terkenal dengan sifat tegasnya itu . Muka aje hensem . Tapi sekali dia bersuara , mahu runtuh sekolah ini dibuatnya . Garang nak mampuihh ! Boleh take over tempat Guru Disiplin mereka ! Siti Laila dan Nurul Fatiha bergegas kembali ke kelas mereka . Lebih baik patuh kepada arahan kalau tak nak dengar syarahan !


***********************


         "Wei . Kenapa kau tak suka dengan sekolah yang kau terpilih tu ?"Nurul Fatiha bertanya . Ketika itu mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing yang bersebelahan . Jiranlah !


        "Sebab itu sekolah ."Dengan slamber Nurul Laila menjawab . Aiskrim Vanilla Oreo ditangan dijilat dengan penuh perasaan . Siap terpejam-pejam mata lagi . Konon menghayati lah tu .


       "Tipulah ! Aku tahu ada sebab lain !"tukas Nurul Fatiha .


      "Mana ada sebab lain  . Ya lah tuh ! Aku memang rimaslah dengan kawasan kampung ni . Eee ~ Disgusting !"Siti Laila membuat gaya jijik .


      "Kalau orang lain , ya lah kau boleh tipu . Tapi kalau dengan aku .. Hey , sorry lah ! Penipuan kau semua tak menjadi ."Nurul Fatiha mengerling gadis yang berkulit putih dan bertahi lalat di bawah bibirnya itu . Siti Laila mendengus perlahan .


     "Ya lah ! Ya lah ! Tapi , kau kena janji dengan aku yang kau takkan bagitahu siapa-siapa !"Nurul Fatiha mengangguk macam burung belatuk . Tanda berjanji .



     "Sekolah itu , sekolah bekas jiran aku .Dulu sebelum kau pindah , dioranglah yang duduk situ."


     "Pak Rahmat and family ?"



     "Yup ! Diorang ada seorang anak jantan atas kita . Dulu , dia selalu buli aku ! Aku takkan lupa time dia sadung kaki aku sampai aku tergolek jatuh atas tahi kucing . Sial betul . Time tu aku darjah dua . Sampai sekarang aku dendam dengan dia ! Dia tuh musuh aku buat selamanya . Ulang balik . SELAMANYA !"Siti Laila berkata geram . Teringat kembali sejarah hitam yang pernah berlaku ke atas dirinya . Sejak peristiwa itu berlaku , dia telah mengisytiharkan bahawa Siti Laila dan Zahirul Hakim , musuh buat selama-lama-lama-lamanya !!!



      "Hahaha . So , masa dia darjah enam , dia satu family pindah ke Kedahlah ?"Nurul Fatiha membuat anggaran kerana dia berpindah ke situ semasa dia darjah enam , setahun selepas Pak Rahmat sekeluarga meninggalkan rumah tersebut .



      "Exactemo ! Huhhh ~"


      "So , kiranya dah lima tahunlah kau tak jumpa dengan dia ?"Siti Laila menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda benarlah tekaannya itu .


      "Macam mana kau tahu dia sekolah situ ? "Nurul Fatiha bertanya lagi . Terasa topik yang ditengahkan ini begitu menarik . Lagi menarik dari topik harga minyak melambung tinggi .



      "Setiap tahun family dia datang melawat kitorang . "Siti Laila menjawab lemah . Terasa sungguh bosan pula topik yang dibincangkan ini . Lebih-lebih lagi melibatkan musuh ketatnya sendiri , Nasib baik mereka sudah berada di depan rumahnya . Bolehlah dia melarikan diri dari terus menjawab soalan Nurul Fatiha .



      "Okaylah ! Jumpa esok ! Bye !"Siti Laila terus berlari masuk ke dalam rumahnya . Nurul Fatiha ketawa kecil . Tahu sangat cara Siti Laila melarikan diri daripada menjawab soalannya . Tapi tidak mengapa . Akan dia korek juga tentang musuh Siti Laila itu . Korek pakai gerudi tanah ke pakai cangkul ? Huhuhu .



*******************************



      "Jangan risau ! Atas kerjasama beberapa buah keluarga di setiap negeri , para peserta  akan mendapat sebuah keluarga angkat . Kamu akan diberitahu siapa keluarga angkat kamu apabila kamu sudah selamat sampai di sana . Tapi .. tolong ingat ya ! Jangan berani-berani nak tukar keluarga angkat . Memang nak makan kelapa daripada saya . Huh ! Okay ~ Sekarang......."


Begitulah antara butir-butir bicara yang diutarakan semasa mesyuarat untuk Program Pertukaran Pelajar sebelum semua peserta berangkat ke negeri yang dipilih . Kesemua peserta tampak begitu gembira dan suka sekali . Tetapi tidak pula bagi Siti Laila . Baginya , ini semua disaster !! KPM pun satu , kenapa tiba-tiba buat perubahan yang hanya seorang pelajar saja terpilih . Kan mengada-ngada tuh ...



*********************************



         "Maafkan Pakcik dengan Makcik ya Siti Laila . Rumah kami ni tak lah sebesar rumah Siti Laila yang pastinya rumah batu bertingkat-tingkat , kan ? Rumah kami kecik aje . Rumah papan pulak tu . Maafkan kami kalau Siti Laila kurang selesa ."Pak Abu dan isterinya Mak Timah menyuarakan seribu kemaafan kepada Siti Laila , anak angkat mereka selama Siti Laila berada di negeri Kedah ini .



         "Eh . Tak lah Pakcik , Makcik ! Ini pun sudah cukup untuk Laila . Laila bersyukur sangat dapat keluarga angkat yang ramah-ramah . Sepatutnya , Laila yang patut minta maaf sebab menyusahkan Pakcik dan Makcik saja . Maafkan Laila kalau kehadiran Siti Laila di rumah ini membuatkan PakCik dan Makcik rimas ."dengan merendah diri , Siti Laila berkata . Serba salah pula apabila mendengar keluarga angkatnya berkata begitu .



         "Tak ada menyusahkan de ! Kami yang dengan berbesar hati menerima Siti Laila di sini . Ya lah . Teringin juga merasa menimang anak . Anak kandung tiada , anak angkat pun sudahlah . Walaupun berat untuk diangkat ."sempat lagi Pak Abu melawak . Berderai tawa mereka bertiga mendengarnya .



        "Laila panggil saja Pakcik , Abah . Kalau makcik pula , Umi . Teringin benar rasanya mendengar panggilan itu "Mak Timah mengusap kepala Laila yang berlapik dengan tudung itu , lembut . Siti Laila mengangguk perlahan .



        "Baiklah Umi , Abah !"



        "Hahh ! Sudah , jom kita makan . Lepastu , rehatlah .  Mesti penat ,kan dari Selangor ke Kedah ini . Sebelum itu , pergi tukar baju dulu . Timah , tunjukkan bili anak kita ini."Pak Abu mengarahkan isterinya . Mak Timah menurut saja . Siti Laila berasa begitu senang sekali melihat kemesraan antara abah dan umi barunya itu . Kalaulah Mama dan Papa pun begini . Hurmmmm ~



************************************



         "Umi masak apa tuh ?"Siti Laila menegur dari belakang .


         "Opocot ikan kau terbang ! Ya Allah . Kamu ni Laila , buat Umi terkejut aje . Kuss semangat . Kalau hari-hari macam ni , pendeklah nyawa umi ."



          "Maafkan Laila umi . Laila tak sengaja . Laila pikir umi perasan kehadiran Laila ."Siti Laila meminta maaf . Terasa bersalah pula apabila membuat Uminya iu tekejut .



          "Haishh ~ Tak ada apalah . Umi yang tak perasan . Khusyuk sangat masak sampai tak perasan kamu datang . Ni hah ! Umi buat sambal udang campur petai , ikan tenggiri masak kari dengan kailan goreng ."



          "Wah ! Sedapnya ~ Dah lama tak makan macam ni . Umi ni macam tahu-tahu aje yang Siti Laila teringin nak makan macam ini ."


          "Laila tak tahu ke yang umi ni ada sixthsense ."Mak Timah berkata . Keningnya diangkat-angkat seperti Ziana Zain . Ini kalau Ziana Zain tengok ni , memang tabik spring punya !!



          "Laila tolong buatkan kopi ya ! Abah kamu tuh , kalau tak ada kopi atas meja , tak nak dia minum de . "Mak Timah meminta tolong . Laila segera ke mengeluarkan sebuah kole dari almari lalu membancuh kopi yang diminta .



***********************************


   
Selesai saja makan dan membasuh pinggan . Laila kembali ke dalam biliknya . Bilik yang disediakan oleh ibu-bapa angkatnya khas untuk dirinya selama sebulan . Komputer riba yang dibawa dari rumah , dikeluarkan lalu di'on'kan . Yahoo messanger dibuka dan mencari ikon 'smile' milik seseorang . Nasibnya baik kerana orang yang dicari berada di alam maya sekarang ini .


      
               LailaMajnum : Yow !


               FatiHantu : Assalamualaikum .

 
               LailaMajnum : Heheh :D Sorry ! W'salam ~


               FatiHantu : Amacam Kedah ? Best ?


               LailaMajnum : Bolehlah .Aku masih tak keluar pergi mana-mana lagi . So , tak boleh komen lah . Esok baru aku keluar . Tapi , family aku kat sini , memang best gila ! Sempoi ~ Kau ?


               FatiHantu : Sangat-sangat best ! Superb ! Eh , kau dah jumpa 'jiran kesayangan' kau tu ?


              LailaMajnum : Ehemm ~ Ex okay ! Ermm .. Belum  and aku harap takkan !


               FatiHantu : Aku harap kau jumpa lah . Ngehh Ngehh Ngehh ;D


               LailaMajnum : Sengal kau ! Kau nak tengok Kedah ni hilang dari peta dunia ? -..-


               FatiHantu : Hahaha . Ya lah ~


              LailaMajnum : Wei , best tak duduk kat pulau ?


              FatiHantuu : Bestlah kot ~ Aku pun macam kau jugak . Tak ronda mana-mana lagi . Cikgu cakap , esok baru boleh jalan-jalan coz' tadi kitorang sampai petang . Fuhh ~ Penat gila beb ! Patah tulang aku naik kereta cikgu .


Tiga puluh minit berlalu barulah perbualan maya mereka tamat . Masing-masing sudah tidak dapat menahan kantuk yang sudah menyeka diri . Tidur adalah jalan penyelesaiannya . Esok merupakan hari yang penting untuk mereka . Merehatkan diri adalah subjek utama !