Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Friday, 2 December 2011

Hikayat Fatin si Trolii .

Khas buat Fatin Adila Muhammad ..!!


Enjoyyyy :3



*************************


Beberapa tahun kemudian .....

   

                "Ain..!!" Aini menjerit memanggil nama cucunya . Cucu yang hanya Faizah seorang sahaja yang tahu mana asal-usulnya . Cucu yang disangka dijumpa di tepi sekolah tetapi sebenarnya seorang manusia jadian hasil perkahwinan antara 'dead mother with her son' and 'dead father seek for revenge'  . Erkkk.. Senang kata , antara Pocong dengan Pontianak lahh .


              "Ya Opah ?"Ain yang sedang sibuk menggali lubang untuk menanam sayur menyahut dari luar rumah.


             "Sini kejap ! Mai tolong Opah sat !"Aini menjerit lagi .


            "Kejap Opah . Ain tengah busy !"

   
           "Hang tengah buat apa tuh ? "


           "Gali lubang kubor untuk Opah , pah !"

         
           "Hahh ?! Apa dia ?"


          "Bukan bukan ! Gali lubang untuk tanam kubis , Opah !"Ain menjerit untuk menutup ketersasualan nya sebentar tadi .'Lubang kubur Opah dah lama saya buat , Opah ! Tunggu masa nak sumbat Opah aje dalam tuh !'Ain menyambung dalam hati .


          "Alaa . Lubang tuh nanti-nanti lah hang buat ! Mai tolong Opah sat . Urgent ini !"


          "Ya kejap ! Bagi Ain lima minit nak basuh tangan !"


Lima minit kemudian.....


          "Opah nak Ain tolong apa ?"Ain yang baru lepas basuh tangan bergegas ke arah Opahnya yang sedang sibuk mengupas bawang dengan linangan air mata itu .


          "Hang pi Giant sana . Hang bolikan Opah ayam dua kilo dengan rempah kari sekali"


         "Kalau pergi kat kedai Pak Abu Sayong depan tu je tak boleh ke ? Penat lah nak menapak pergi Giant tuh . Dah lah jauh"


        "Tak boleh ! Giant tengah offer sekarang ini . Sekilo rm5.60 . Dekat Pak Abu sana nun , sekilo rm5.70 .Cekik darah betoi !"


        "Lah Opah ~ Beza seposen aje kot ! Takkan itu pun nak berkira ? "


        "Kalau beli dua ekor , dah beza dua posen . Kan banyak tu ! Hidup ini kena berjimat cermat !"


        "Dua posen pun nak berkira ke Opah ? Apa lah sangat dua posen tuh nak dikirakan dengan tenaga Ain yang penat nak menapak ke sana !"Ain mengeluh .


        "Dua posen kau cakap sikit ? Dua posen tuh , kalau ditukar jadi kredit Maxis , Opah boleh mesej Babat Opah tuh , sampai dua puluh mesej tauu ! Sudah ! Sudah ! Pergi aje lah ! Kang Opah debik kang !"Aini menghulur not rm50 kepada Ain . Ain mengeluh lalu mengambil duit tersebut . Sempat lagi dia mengutuk Aini di dalam hati . 'Bila lah Opah ni nak mati . Menyusahkan betul !'



****************************


 Ain melangkah keluar dari Giant dengan perasaan yang tenang . Air kotak Laici di tangan dihirup perlahan . Habis saja air di tangan, dikeluarkan pula coklat Cadbury : Blackforest dari dalam poketnya . Coklat itu dimakan dengan hati yang riang . Earphone disumbat ke dalam telinga . Berkumandang lagu Break Down dari penyanyi Korea pujaan hatinya . Kim Hyun Joong ~


Untuk pulang ke rumahnya , Ain terpaksa melalui sebuah lorong kecil diantara kedai-kedai  yang penuh dengan sampah merata tempat .
Semasa melalui lorong tersebut , tiba-tiba Ain ternampak timbunan kotak yang berkumpul di belakang lorong tersebut , bergerak-gerak . Ain terpaku seketika . Timbunan itu dipandang lama .


Kerana perasaan ingin tahu bersarang di hatinya , Ain melangkah ke arah timbunan itu . Dengan perlahan , kotak-kotak itu ditolak ketepi .


        "Argghhh !! Raksasa !"Ain menjerit setelah melihat apa yang berada di sebalik timbunan itu .


Terdapat sebuah troli(yang macam troli kat Giant tuh) dan di dalam troli tersebut terdapat seorang budak . Seorang budak peremuan kecil yang mungkin usianya dalam linkungan dua atau tiga sedang duduk dengan kedua lututnya dirapatkan . Budak itu kelihatan terkejut melihat Ain . Muka budak itu begitu comot sekali . Rambutnya yang sarabut sudah mengalahkan AlleyCat . Baju yang disarung di tubuhnya amatlah tidak padan dengan badannya yang tersangatlah 'cikeding' kerana baju itu tersangatlah besar !


Budak kecil itu menangis apabila melihat Ain . Ain mula kalut . Coklat ditangan dihulur kepada budak kecil yang seperti pelarian somalia itu . Namun ditepis . Coklat itu terlepas lalu tergolek jatuh ke atas tar . Terbuntang Ain melihat perilaku biadap budak itu . Tidak padan dengan kecil . Kalau ikutkan hati , ingin saja dia hadiahkan flying-kick dan berlalu pergi meninggalkan budak itu . Namun nasib baik dirinya penuh dengan iman . Disabarkan hatinya seketika .


        "Uwekkk..!!"Budak kecil itu mulai menangis . Ain semakin kalut . Ditepuk perlahan badan kecil yang berdiri dihadapannya . Budak itu masih menangis .


        "Ala anak mama sayang . Ucuk-ucuk ! Intan , payung , batu kerikil , batu-bata , batu sungai , batu api dan sewaktu dengannya . Jangan lah menangis . Mama ada ini . Nanti mama upah susu ya ?"Ain mengajuk kembali ayat yang selalu maknya guna jika dia menangis suatu ketika dahulu . Dipeluk kejap budak kecik itu .


 Selepas puas memujuk , barulah budak itu kembali diam .

        "Adik , mana mak adik ? Kenapa adik duduk sorang-sorang kat sini ?"Ain bertanya lembut .


        "Mama !"


        "Mama adik kat mana ?"


       "Mama !"


      "Adik sesat ke ?"


      "Mama !"


       "Siapa nama adik ?"


       "Mama !"


Ain mulai menyirap .

        "Kau ni dah kenapa ? Aku tanya mana mama kau !? Kau pekak ke ?!"Ain meninggikan suaranya .


        "Mama ! Mama !"budak itu turut meninggikan suaranya juga .


        "Eee ! Kau ni memang nak makan penampar betul ! Dah lah ! Dari layan kau baik aku balik tengok Kim Hyun Joong aku ! Bongok punya budak !"


Belum sempat Ain berlalu pergi , budak itu sudah terlebih dahulu memeluk Ain sambil teresak-esak menangis .


        "Mama ! Mama ! "Budak itu menangis dalam pelukan Ain . Ain menjadi sayu .


        'Mak dengan Nenek marah tak kalau aku bawak budak ni balik ? Ermmm .. Tak kot . Lantak lah . Bawak je lah .'


         "Adik , jom ikut akak !"


          "Mama !!"


         "Ya ! Ya ! Jom ikut Mama !"


         "Yayyy ~"Budak kecil itu menjerit riang kerana sudah berjaya menemui 'mama'nya .



******************


         "Ya Allah ! Ain ! Opah suruh beli ayam . Yang kau beli orang ni kenapa ?"Aini bertanya marah kepada cucunya , Ain .


         "Alaa Opah . Budak ni yang nak ikut Ain ! Bukan salah Ain !"Ain membela dirinya .

  
         "Tak pe lah mak . Biarkanlah dia . Lagipun budak ni memang dah jumpa kat dalam troli , nak buat macam mana . Kang tinggalkan sorang-sorang , kesian pulak . By the way , tak payahlah mak susah-susah nak suruh kitorang semua kahwin . Tengok ! Mak dah dapat cucu and cicit ekspress ! Kan senang !"Faizah memberi pendapatnya . Sebenarnya , membela anaknya itu .


         "Betul cakap Faizah tuh , mak !"Aida , kembar Faizah mengangguk setuju .


        "Apa nama budak ni ?"Aini mula lembut hati mendengar kata-kata anak-anak nya .

      
         "Troli ! Sebab Ain jumpa dia kat dalam troli !"Faizah memberi cadangan .


          "Apa ke buruk beno bunyinya mak ?"Ain membangkang nama yang diberi maknya .


          "Kalau gitu , nama kau pun kena tukar sekali lah . Loji ! Sebab mak dulu jumpa kau kat loji !"Aida memerli kembarnya , Faizah . Aini dan Ain ketawa mendengarnya . Faizah membuat muka masam .


          "Atin ! Atin !"Budak kecik yang dari tadi hanya mendengar mula besuara seolah memahami butir bicara moyang , nenek-nenek dan mak barunya .


          "Hahhh ?!! Air tin ?"Aini yang mempunyai masalah sound trouble itu mengerut dahinya .


          "Bukanlah Opah ! Fatin ?"Ain bertanya kepada budak kecik itu . Budak itu mengangguk .


           "Hahh ! Nama dia sekarang Fatin ! Opah , nama dia Fatin ! Mak Ida , nama dia Fatin . Mak , nama dia fatin . Bukan TROLI ! Fatin , panggil kita , MAMA ! Tau ?"Ain bersuara girang .


            "Haishh ~ Apalah nasib . Mula-mula dapat anak-anak ekspress . Dah tu , cucu ekspress . Sekarang pulak , Cicit ekspress . Nasib-nasib !"Aini mendengus perlahan .



************************************


p/s : To cucuku , Fatin Adila Muhammad -Nenek dah siap kan sejarah hang ! Sorry kalau tak best :(