Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Saturday, 3 December 2011

Hikayat Is Ketam Ketam Bola .

Khas untuk Nur Istiharah..!! 


Enjoyyyy :3


************************


           "Nenek ! Bagilah Atin pulak pegang ! Dari tadi nenek aje yang pegang Eika . Gilir-gilirlah !"Fatin merayu pada Faizah yang ketika itu sedang asyik bermain dengan baby 'pasu' yang setelah diambil kata sepakat , Syafiqah nama diberi kepada baby tersebut .


Tiga hari tiga malam mereka sekeluarga bergaduh semata-mata ingin mencari nama yang sesuai untuk baby tersebut ..


        "Kita bagi nama dia Pasuriana sempena kita jumpa dia dekat pasu !"Faizah memberi cadangan . Beria-ria dia mengangkat tangan minta perhatian . Semua mata memandang .


       "Macam pau suri aje ~"Ain yang sedang membelek-belek buku Nama-Nama bayi dalam Islam , berhenti membelek apabila mendengar cadangan yang diberi emaknya .

 
      "Kau ni tak ada nama lain ke ? Kenapa mesti nak ada kaitan dengan tempat yang kita jumpa ? Dah lah nama macam bodoh aje . Tak bertamadun betul !"Aida memarahi kembarnya . Tak habis-habis bagi cadangan yang tak masuk akal . Tapi kembarnya itu memang tak ada akal pun .


     "Ya lah ! Ya lah ! Orang bagi idea je kot ! Tak berterima kasih betul ! Ermm.. Bunga Tahi Ayam okay tak ? Sebab dia kan terbaring kat sebelah pokok tuh !"Terbuntang mata Aida mendengar nama tersebut . Tangannya diangkat tinggi . Ingin mengetuk kepala kembarnya agar wayar-wayar dalam kepala kembarnya itu berfungsi seperti sedia kala .


     "Ehh ! Ehh ! Sorry Sory ! Gurau aje kot !"Faizah mengelak dari diketuk .


Bermulalah pencarian nama untuk baby 'pasu' tersebut . Pelbagai nama dicari , namun tiada satu pun yang sesuai . Sehinggalah Aini memutuskan untuk memberi nama Syafiqah . Kerana sudah kepenatan , mereka semua hanya mengangguk setuju .


     "Welkk . Tak boleh ! Tak boleh ! Nenek yang dapat dulu . "Faizah menjelir lidah ke arah Fatin . Eika dipeluk erat seolah-olah tidak mahu dilepaskan .


     "Moyang ! Tengok Nenek ! Atin nak jugak pegang adik Eika !"Fatin mengadu kepada Aini . Aini yang sedang sibuk menyiapkan bekalan untuk perkelahan mereka berhenti daripada membuat kerja . Dipandang Fatin lalu dicubit pipi montel itu . Fatin tertawa riang lalu berlari ke ruang tamu .


    "Faizah ! Kamu ni macam budak-budak lah ! Dengan cucu sendiri pun nak bergaduh ! Tengok macam Aida . Baik aje dia layan si Fatin tuh . "


Faizah memandang Aida yang sedang galak menarik rambut Fatin . Menjerit-jerit Fatin apabila rambutnya ditarik . Bukan itu saja , pipi montel Fatin turut menjadi mangsa cubitan . Dicubit-cubit pipi budak genit itu . Habis merah jadinya . Memang kenan ketam betul kembar aku ni .


Faizah memandang emaknya yang sedang sibuk mengalihkan mee goreng ke dalam bekas tupperwear . Kuih karipap dimasukkan ke dalam plastik . Begitu juga dengan kuih keria dan popia . Beberapa pinggan plastik diambil lalu disumbatkan ke dalam bakul yang akan dibawa .



       "Mak ! Mak rasa , hari ini kita jumpa baby lagi tak ?"dengan slumber badak , Faizah menanyakan soalan yang tidak berapa bernas . Eika yang dari tadi dipegang , diletakkan di atas meja . 'Kalau tergolek , padan muka !'sempat lagi berkata dalam hati .


      "Oii ! Mulut ! Jangan dok cabul !"Aini menjeling anaknya itu . Cili yang dipegang tadi dicampak . Faizah mengelak .


     "Hehe . Gurau aje lah mak . Kalau jumpa pun apa salahnya . Hahaha"Faizah terus berlari ke depan . Kang tak pasal-pasal ada yang mati kena campak dengan tembikai .



     "Moyang ! Cakap nak pergi pantai !"Fatin yang baru tiba di sebelah Aini menghentak-hentak kakinya perlahan . Terasa ditipu hidup-hidup . Kononya mereka sekeluarga akan menghabiskan masa di pantai . Tapi dari tadi tak gerak-gerak . Buat penat bangun awal aje . Bila ditanya kepad nenek-neneknya yang kejam itu , dengan slamber mereka menjawab . "Kau layak ke pergi pantai tu ?" Buat sakit hati je cakap dengan nenek-nenek nya .



     "Mak kamu mana ? Pergi panggil mak kamu dulu ! Suruh dia cepat sikit ."Fatin terus berlari mencari emaknya .


Lima minit kemudian , Fatin kembali disebelah Aini . Tapi kali ini dengan air mata sekali .


     "Kenapa ni ?"Aini bertanya . Pelik melihat Fatin yang teresak-esak menangis .


     "Mama tu . Dari tadi sibuk dengan Kim Hyun Joong dia . Dia tak layan pun apa yang Atin cakap . Mama siap halau Atin lagi . Moyang ! Bila nak pergi ?!!"Fatin sudah mula meraung . Siap terguling-guling macam tenggiling kat lantai .


     'Aduhh . Boleh runtuh rumah aku kalau macam ini'


Tiba-tiba , Aini mendapat satu idea . Idea baek punyaaa ! Dia menjenguk ke ruang tamu . Kelihatan cucunya itu sedang melalak seperti orang hilang akal . Tarian Kim Hyun Joong yang sedang berlangsung itu , di tiru . Kim Hyun Joong ke kanan , dia ke kanan . Kim Hyun Joong ke kiri dia kekiri . Kim Hyun Joong melompat , dia melompat . Anak kembarnya pula sedang rancak bermain PS3 . Main lumba kereta . Dah macam orang gila bila ditengok . Apabila kereta mereka berlanggar sesama sendiri , kedua-dua nya sekali menjerit bagai tak ingat dunia .


Aini berlalu ke ruang tengah banglo mereka . Kotak suis dibuka . Sekali tekan aje ...


      Tappp...



      "Makkkk.!!!"


      "Opahhhh !!!"


 Aini ketawa jahat . Rancangannya berjaya .


************************


      "Yeayyy ! Laut ! Yayy !! "Fatin menjerit riang melihat laut yang kini sudah dihadapan matanya itu .


     "Sudah ! Sudah ! Keluar dari kereta cepat ! Toksah dok masam-masam lagi ! Kim Hyun Joong tuh boleh tengok lain kali . Tak lari de PS3 kat rumah tuh . Cepat !"Aini memberi arahan . Mereka bertiga keluar dengan terpaksa .


    "Tuh si Eika tu , takkan nak biarkan kat situ pulak ?"Aini menjerit memanggil anak-anak dan cucunya yang sudah menonong berjalan ke arah sebatang pokok kelapa .


    "Ain . Pergi ambil anak kau tuh !"Faizah menyuruh anaknya .

 
    "Kenapa Ain pulak ? Mak lah ! Mak yang jumpa budak tu !"


    "Aida ! Kau lah ambil . Dulu beria -ria sangat nak baby tuh"Faizah mengarah Aida pula .


   "Bukan aku lah ! Ain yang nak sangat !"

Putik-putik pergaduhan sudah mula ber-ura keluar . Tiba-tiba Fatin datang dengan Eika berada di sebelahnya .


   "Ya Allah !"Ain menjerit apabila melihat Eika yang sedang berdiri dan tangannya berada dalam genggaman Fatin .

  
   "Eee . Eee. . Budak ketot ni dah boleh jalan !"Aida menjerit riang !


  "Erkkk.. Pasu pun boleh berjalan ke ? Bukan sepatutnya pasu statik ke ?"Faizah bertanya pelik .


Dan kegembiraan mereka kerana melihat Eika berjalan disambut dengan meriah sekali .



*********************


     "Mama ! Jom lah cari ketam ! Petang tadi dah janji !"Fatin bertanya . Pada ketika itu mereka semua sedang duduk mengelilingi unggun api yang 2 jam berusaha , baru boleh menyala . Ini semua gara-gara Aida yang orang mencurah air yang disangka minyak tanah ke atas kayu . Bengong betul !


    "Tunggu lah nenek dengan moyang habis makan dulu . Lepas ni , baru kita pergi ya ?" Ain memujuk Fatin .


    "Buat apa nak cari ketam ? Balik nanti pergi kat Giant sudah lah ! Ada banyak ketam ! Kalau nak yang dah masak , kedai Pak Labu tuh ada jual . Buat habis karen aje pergi cari ! "Faizah yang sedang asyik meratah ikan kembung bakar membebel tidak setuju .


    "Kamu ni Faizah . Ikut aje lah . Nanti kamu juga yang makan ."Aini mempertahankan cicitnya .


    "Ala mak ! "Faizah membangkang .


    "Kang mak bakar poster Faizal Tahir kamu kang !"Aini mengugut .


    "Mana aci main ugut camtu !"Faizah membentak .


    "Hahaha . Nenek ni biul lah"dengan slamber badak Fatin mngutuk . Faizah mengambil sebiji kerang bakar lalu dicampak ke Fatin . Tepat melekat kat muka Fatin .


    "Mama !!"Fatin menangis . 'Puas hati aku !'Faizah tergelak kemenangan .


*********************


    "Ketam oh ketam ! Dimana engkau sorok !"Fatin menyanyi kecil . Pada ketika itu , mereka semua sedang sibuk mencari ketam di celah-celah batu .


    "Dekat Giant aku menyorok ! Jangan cari aku ! Jangan cari aku !"Faizah menyambung lagu yang dinyanyikan Fatin tadi dengan sinis .


    "Nenek ni ! Selalu sangat kacau Atin !"Fatin membuat muka tak puas hati . Faizah menjelir lidah .


    "I HATE YOU , Nenek !"Fatin menjerit kuat .
 
 
  "Believe me , Darling ! I hate you too !"Faizah membalas dengan selamba .


    "Arghh !!"Fatin menghempaskan punggungnya di pasir . Tanda protes ! Aini hanya mampu menggelengkan kepala .


    "MAMA !!!" tiba-tiba Fatin menjerit ! Semua yang tadinya sibuk menjolok ketam tersentak mendengar jeritan Fatin yang lain macam itu . Sudahlah di malam hari .


    "Kenapa ni ? Kenapa ?"Ain bertanya cemas . Yang lain sudah mula mengerumuni Fatin yang sudah menangis .


    "Bontot Atin . Sakit ! Macam kena cubit !"Fatin ter-esak-esak .Aida yang memegang lampu suluh menghalakan lampunya ke lantai pantai . Ke  kiri , ke kanan , ke kiri  dan ...



   "Arghhhhh ! Hantu !"Aida menjerit apabila melihat suatu objek kecil yang sedang dalam posisi merangkak !


   "Mana ! Mana !"Aini yang terkenal dengan sikap penakutnya mula menjerit .


Ain merampas lampu suluh dari tangan Aida dan menghalakan ke arah yang disuluh tadi . Kelihatan 'objek' itu dalam posisi merangkak . Matanya bercahaya apabila disuluh  . Apabila disuluh dan diamati dengan lebih lama , baru lah dapat dicam . Ianya adalah seorang baby !


   "Itu baby lah !"Ain menjerit . Dihampiri baby itu lalu diangkat .

  
  "Woi ! Janganlah ambil ! Entah-entah itu hantu !"Aini memarahi cucunya . Fatin yang sudah reda dari tangisnya menghampiri Eika yang dalam genggaman tangan moyangnya . Digenggam tangan adiknya itu .


   "Ouchh !"Hampir terlepas baby dalam dakapan Ain tadi kerana baby tadi tiba-tiba mengetip tangan Ain dengan jarinya . Baby 'ketam' itu diletakkan di tanah . 'Ketam' itu berjalan menghampiri Fatin dan Eika . Mungkin sebaya Eika kerana 'ketam' ini sudah boleh berdiri dan berjalan .


   "Walaweh ! Jangan cakap yang 'ketam' ni pun akan duduk dengan kita !"Faizah menggaru kepalanya  yang tak gatal tu .


   "Hmm . Memang akan duduk lah nampaknya ."Aida mengeluh perlahan . Eika dan Fatin seperti sudah dapat menerima kehadiran 'ketam' itu kerana dengan sekelip mata sahaja mereka sudah berkejaran di tepi pantai .


   "Adoi ! Masinnya mulut kamu Faizah ! Dah dapat cicit barulah nampaknya . Bertambahlah keluarga kita ."Aini menggeleng perlahan .


    "Yeayyy ! Bertambah-tambahlah anak Ain !"Ain menjerit riang .


    "Apa nak bagi nama kat 'ketam' tu ?"aini bertanya . "Hahh , Faizah ! Jangan bagi nama yang pelik-pelik pulak !"sempat lagi dia me-warning anaknya yang seorang itu .


   "Alaa . Baru pikir nak bagi nama Is ketam-ketam bola . Macam dalam TV tuh .."


   "Hahh ! Apa kata kita bagi nama Istiharah ! Jadilah Is ketam-ketam bola !"Aida memberi cadangan .


  "Akhirnya ! Tak payah susah-susah pikir ! Okayy . Now , the 'ketam' name is Istiharah !"Aini memberi kata putus .


  "Istiharah a.k.a Is ketam-ketam bola !"Faizah tersenyum lebar . Pertama kali nama yang diberi diguna pakai . Huhuhuhu . Terharunyaaa ~


********************************


Another story yang sangat mengarot ! Dah kurang idea lah . Soryyy kalau tak best ! Maaf sangat-sangat ! 


P/s : To my another third cucu , Nur Istiharah ..!!! Khas untuk beliau (;