Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Thursday, 1 December 2011

I LOVE YOU ! (1)

          "Boringlah . Kenapa Cikgu Charming tak datang hari ini ? Rindu gila beb !"Khairani menyembamkan mukanya ke atas meja . Pada ketika itu , guru Sejarah mereka , Encik Razin , tidak memasuki kelas 2 Arif bagi mengajar subjek Sejarah yang diminati Kharani .

          "Baguslah dia tak datang hari ini . Bosan aku tengok muka dia hari-hari . Tak habis habis dengan perjanjian dia tu . Perjanjian ini lah . Perjanjian itu lah . Nanti time exam keluar , aku tulis besar-besar kat kertas tu .'SAYA TAK PERNAH BUAT PERJANJIAN DENGAN MEREKA!' . Habis cerita ~" Qasmurni mengerling Khairani yang sedang dilamun cinta itu . Tak paham betul dengan perangai sahabatnya yang tergila-gilakan subjek Sejarah itu . Ya lah sangat tergilakan subjek 'berbelit' tu . Sebenarnya dia tergilakan cikgu mata coklat yang sangat popular tu . Macam lah dia tak tau .

        Tappp..!!

         "Sudah-sudah lah Azreen ! Dari tadi kau asyik hadap buku novel 'mengarut' ni aje . Aku rasa dah sepuluh kali kau 'khatam' baca novel cinta yang mengarut ni ." Qasmurni merampas novel 'gedabak' yang dibaca Azreen . Geram dia dengan dua orang minah yang sengal ini . Sorang gila Sejarah , Seorang gila Novel . Memang nak kena 'hempok' betul . Biol !

        "Alaa Qas ! Sekejap lah . Hero dia dah nak mati tu . Potong stim lah kau ni"Azreen cuba merampas novel yang dipegang Qasmurni . Belum sempat dia menyambar , Qasmurni sudah terlebih dahulu melempar novelnya ke luar kelas . Mentang-mentang duduk dekat tepi tingkap , cepat saja dia bagi sayap dekat novel kesayangan Azreen itu .

       "Qas !!"Azreen terus berlari keluar mengutip novelnya yang sudah terbang tadi . Qasmurni tergelak kecil melihat gaya Azreen yang macam orang hilang anak . Sayang sangat dengan novel 'geabak' yang tebal mengalahkan kamus dewan tu . Bawa novel 'gedabak' tu boleh . Kalau suruh bawa buku teks , ada saja alasannya . Berat lah . Apalah . Novel 'gedabak' tuh tak berat pulak . Biol punya kawan .

      "Khai ! Tengok Qas !"Azreen merengek-rengek menarik hujung lengan baju kurung Khairani . Minta simpati + perhatian lah tu . Khai yang tadinya sibuk mengelamun , memandang Qas dengan pandangan kau-jangan-kacau-azreen ! Qasmurni membalas pandangan Khairani , muka-aku-macam-peduli-ke ? Khairani membalas lagi , kau-nak-makan-kasut-saiz-lapan ? Acara tenung-menenung itu berlangsung selama sepuluh minit kemudian sebelum Azreena menampar muka kedua-dua orang rakannya yang macam orang biul itu . Qasmurni dan Khairani tersentak .

     "Khai ni ! Aku suruh marah Qas . Bukan tenung Qas macam dia tuh burger McDonalds ."Azreena membebel.

     "Laaaa . Tadi kau yang suruh aku pandang ! Aku pandang lah ."Khairani membalas selamba . Qasmurni mengangguk tanda setuju . Mereka beradu ketawa . Azreen mula menarik muka masam .

    "Korang ni memang teringin nak makan kasut ae ?"Azreena mendengus geram .

    "Eh Az , macam sedap je ~ Kan Khai , kan ? Lagi-lagi kalau Kasut tu cicah dengan sos cili thai ! Perghhh ~ Meletoppp kau !"Qasmurni menunjukkan kedua ibu jarinya tanda Thumbs Up ! Khairani membalas dengan merapatkan kedua ibu jarinya ke ibu jari Qasmurni . Meledak kembali tawa mereka . Azreena sudah tarik muncung 18 . Lagi syokk cakap dengan Bangla tepi rumah tu . Azreen mendengus geram .

*****************

    "Perhatian ! Perhatian ! Esok jangan lupa , ada sekolah ganti ! Kalau nak datang , datanglah . Kalau tak nak datang lagi bagus ! Senang kerja aku . Tapi jangan cakap yang aku suruh tak payah datang . Memang ada yang makan mee pakai straw ! Ingat !"Haziq selaku ketua kelas 2Bestari memberi peringatan kepada semua anak buahnya . Sempat lagi dia memberi peringatan sebelum duduk ke tempat asal .

    "Ricky ! Kau datang sekolah tak esok ?"Farid menepuk belakang Rikcy . Ricky yang tadinya sibuk bercakap dengan Steve , menoleh . Dia berdiri lalu melekapkan tangannya ke dahi lelaki melayu yang berdiri dihadapannya .

          "Kau demam ea Farid ?" Ricky bertanya .

   berkerut dahi Farid seketika . "Demam ? Mana ada ! Kenapa ?"

            "Dude , esok Sabtu lah . Kau nak datang ? Datanglah . Aku nak turun town , esok .Hahaha"

   Ktukkkk !

           "Eh cerdik ! Kau ke aku yang demam ? Kau tak ingat ke hari itu si Singa Jadian dah umukan kat dewan yang esok ada sekolah ganti . Tadi si Haziq tu pun da announce . Pekak !"

           "Ada ke ? Bila pulak si Singa tu cakap ? Tak dengar pun ?"berkerut-kerut dahi Ricky mengingat kembali bila pulak guru disiplin mereka yang digelar Singa Jadian tu memberi pengumuman . Aduhaii ~ Baru pikir nak turun bandar esok . Slack lah singa betina ni .

        "Pekak betul mamat ni . Dah berapa tahun kau tak korek telinga hahh ?!"

        "Baru dua tahun !"

        "Serabai !"

        " Serabai serabai pun hensem!" . Farid menunjukkan penumbuknya . Ricky menjelir lidah .

        "Datang tau esok ! Kalau kau nak nombor telefon Qasmurni , kau datang !"

        "Mana aci main ugut macam tu " Ricky buat muka tak puas hati .

       "Aci kat rumah dia . Ane pun ada . Nape ? Minat ? "

       "Euuuww . Selisih malaikat 44 !"

Farid tergelak mendengar ayat Ricky yang terakhir itu . Sesungguhnya , dia begitu kagum dengan kepetahan Ricky dalam bercakap Bahasa Melayu . Dia yang pertama kali berjumpa dengan Ricky pun menyangka Ricky adalah orang melayu setelah mendengar gaya percakapan Ricky yang memang sebiji macam orang melayu . Tak dapat dibezakan langsung suaranya dengan suara orang melayu asli . Kagum dia dibuatnya .Kini , sudah 4 tahun mereka bergelar sahabat karib . Dimana ada Ricky , disitu ada dia . Setiap hari mereka berjumpa kerana mereka duduk berjiran . Rumah Ricky sudah seperti rumah nya juga . Mak Ricky , Auntie May juga sudah seperti emaknya .

        "Datang tau !"

        "Ya lah pak cik !"

       "Bagus ! Dah lah . Aku keluar dulu . Bertugas ! Nanti kau tunggu aku kat tempat biasa tau !"

      "Yes madam !"

     "Madam?!" Ricky ketawa . Farid meluku kepala Ricky sebelum berlalu pergi . Hari ini dia bertugas menjaga pintu pagar  . Jadi dia perlu keluar awal sebelum pelajar-pelajar lain .


*********************

     

      "Qas , Az ! Esok datang ya !"Khairani mengingatkan rakan-rakannya itu semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah .

     "Malas !"Qasmurni dan Azreen menjawab serentak .

    "Alaa . Please ~"

    "Malaslah !"

   "Betul-betul ! Tidur lagi best !" Azreen menjawab sambil membelek-belek kukunya .

  "Boleh lah !"Khairani masih tidak putus asa bagi memujuk Qasmurni dan Azreen .

      "Kau ni kenapa tiba-tiba rajin ini ? Selalunya kau yang paling malas . Eh , esok mana ada subjek cikgu Charming tu !"Azreen mula keliru dengan perubahan mendadak Khairani yang tiba-tiba rajin pulak nak datang . Kalau selalu , bukan main liat lagi nak pergi kelas ganti . Ada aje alasannya . Kucing pak mat tukan kebun sekola mati lah . Bunga raya milik mamanya sakitlah . Kereta jiran sebelah pancit lah . Semua alasan yang tak ada kena mengena dengan dia . Tup-tup ! Hari ini dia jadi rajin pulak .

      "Esok mak cik sedara aku datang ."

     "So ?" Qasmurni dan Azreena menjawab serentak .

     "Aku tak suka !"

    "Jadi ?"

    "Aku tak suka dengan anak mak cik aku tuh ! Gedik semacam je ." Khairani membuat gaya meluat apabila memikirkan sedaranya yang sebaya dengan mereka tetapi demand je lebih . Apabila sepupunya yang bernama Erica itu datang , mesti dia dilayan seperti kuli walaupun itu rumahnya sendiri . Pernah juga dia terfikir untuk mendajalkan minah kekwat tuh , tetapi nasib baik iman nya masih kuat , menegahkan !

    "Kau ni , dengan sedara sendiri pun nak berkira"

    "Dengan sedara yang lain aku tak kisah , tapi kalau dengan dia , melampau gila . Haritu dia boleh minta aku mama aku masakkan spagetti . Boleh siap tambah lagi , 'kasi cheese lebih , sayur lebih , mee lebih and sos lebih . Tapi tolong ya , sos jangan pedas sangat . Perut saya cepat meragam . Oh , cheese tolong pakai cheese buatan Australia . Cheese tuh berkhasiat sikit . Tak banyak lemak. Blaablaaablaaaa "Khairani mengajuk kembali ayat Erica semasa sedaranya itu datang melawat pada tahun lepas . Dia yang mendengarnya rasa macam nak smackdown aje sedaranya yang menggedik terover dose tuh .

     "Hahaha . Ya lah . Ya lah . Esok aku datang . Qas , datang juga tau !"Azreen memberi kata putus . Sebenarnya , dia pun malas nak duduk rumah . Nanti mesti kena jaga tiga orang adiknya yang macam 'hantu' tuh . Qas hanya mengangguk kepalanya dan tersenyum kecil .

     "Yayy ! Ini yang buat aku sayang korang ini"Khairani menjerit riang lalu mencubit pipi kawan-kawannya itu.

     "Wei , berjerawat lah muka aku yang licin ini"Qasmurni mendengus perlahan .

Khairani tersengih menayang giginya yang putih macam dalam iklan colgete tu . Dia tersenyum riang memikirkan rancangannya esok . Sebenarnya , sedara dia tak datang pun . Sengaja dia reka cerita bagi 'menarik' kedua orang rakan baiknya  itu supaya datang ke sekolah esok . Ada muslihat tersendiri yang tiada siapa mengetahui  ~ Hehehe