Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Thursday, 1 December 2011

Hikayat Puteri Ketambun

Cerita ini khas buat mak dan cucu-cucu aku yang tersayang : Aini Yusriza , Fatin Adila , Nurul Ain Ibrahim , Syafiqah Mustafa , Nur Istiharah , Ezyani Jouni , Nor Aida dan juga Diyana Hazwani .
Cerita ini actually pasal keturunan kitorang satu geng . Tak de kne mngne yang masih hidup , tengah koma atau yang dah mati . Agak mengarot , dan memang mengarot..!!! :3 Enjoyyyy ><




P/s - To my keturunan : Aku baru buat pasal moyang ! Tunggu pasal nenek pulakk ! HEHEHE ><  


********************************************************


Alkisah di suatu masa dahulu , terdapat sebuah kerajaan yang terletak di atas awan . Kerajaan yang di bernama Kerajaan Air Batu Cendol . Kerajaan ini ditadbir oleh seorang Sultan yang maha baik budi pekertinya lagi sempurna yang diberi nama Sultan Gurindam Dam Dam Dam Shah !  Sultan Gurindam telah mengahwini seorang puteri yang sangat cantik yang bernama Puteri Lat Talilat Talitamplom .

Pada hari perkahwinan mereka , Sultan Gurindam telah menghadiahi Permaisuri Lat sebuah selendang sutera yang begitu cantik dan begitu lembut . Selendang yang bercorak harimau kumbang mengejar harimau bintang itu , disimpan Permaisuri Lat dengan begitu cermat . Hakta tiada sesiapa pun yang boleh memegangnya lagilah menyentuhnya . 

Permaisuri Lat membalas hadiah pemberian Sultan Gurindam . Sehelai seluar dalam jenama Kakikutsukikaku diberi kepada Sultan Gurindam . Gurindam tersangatlah teruja mendapat seluar dalam yang tersangatlah mahal dan lembut itu . Seluar kecik itu ditatang bagai isteri keduanya . Setiap 4 kali seminggu , dia akan memakai seluar kecik itu tanpa lupa . Permaisuri begitu gembira melihat pemberiannya dihargai suaminya itu . They happily ever after !
 


************************


Tiga puluh tahun telah berlalu . Sultan Gurindam dikurnai tiga orang cahaya lampu kalimantan . Seorang putera yang gagah perkasa manakala dua orang puteri yang cerdik bestari . Si  sulung diberi nama Putera Ketambi  si tengah pula Puteri Ketamban manakala si bongsu, Puteri Ketambun .


Mereka bertiga tersangatlah rapat bagai isi dengan kuku , bontot dengan kuali dan lubang dengan hidung . Jarak umur mereka yang dekat membuatkan mereka seperti kembar siam terlekat tiga . Kemana-mana pasti bersama . Tidak pernah tertinggal satu , mahupun dua .


Pada suatu hari , Putera Ketambi dan Puteri Ketamban terpaksa turun ke bumi atas dasar-dasar tertentu . Tinggallah Puteri Ketambun seorang diri . Tiada sesiapa menemani . Pada petang itu , Puteri Ketambun telah pergi bersiar-siar ke dalam hutan . Berbekalkan sebatang kayu yang macam nak reput tuh , bergerak lah Puteri Ketambun ke dalam hutan .

Perasaan takut ditolak ketepi . Rasa ingin tahu makin menguasai . Betulkah apa yang didengari ? Terdapat seekor Putera yang baik hati .

Bermulalah ekspedisi menjejak putera yang bertakhta di fikiran .

Tujuh hari Tujuh malam . Namun , satu apapun tidak dijumpai . Hampeh betol si tukang story ! Menjaja cerita yang tak berasasi . Salah nya juga pergi mempercayai ~Aduhai , bongoknya diri ini .


 Puteri Ketambun pun mengambil keputusan untuk pulang ke istananya . Semasa dalam perjalanan , dia terlihat sebuah kelibat . Kerana ketakutan , dia menyorok di celah semak . Berpandukan sedikit ruang diantara semak itu , Puteri Ketambun 'menskodeng' apa yang berada di hadapannya iaitu disebalik semak ini .


Terdapat suatu objek seperti manusia namun berpakaian serba hitam sedang membelakanginya . Objek itu kelihatan sebesar manusia . 'Objek' itu sedang terbongkok-bongkok . Dan apabila dia berdiri , terselak sedikit kain yang menutup kakinya .

          "Emass !!" Puteri Ketambun begitu teruja melihat emas yang berlilitan di kaki 'objek' itu . Emas 24 tahan karat tuhhh !!


         'Ini lah kod putera yang selalu diceritakan tuh ! Akhirnya , jumpa juga aku !'


Puteri Ketambun terus keluar dari tempat persembunyiannya . Sebelum keluar , sempat lagi dia betulkan seluar yang dah nak terlondeh . Ramput disisir rapi . Muka dilap berhati-hati .


       "EhemmEhemm" Puteri Ketambun memulakan mukadimah-nya dengan mencuit bahu si 'putera' .'Putera' itu menoleh .


       "MAKKKK...!!!!!"



 **************************



     "Fuhhhh ~ Nasib baik sempat lari ! Itu bukan putera , tapi Ungka !!"Puteri Ketambun membebel marah . Putera yang disangka manusia rupanya seekor ungka yang buruk rupanya . Nasib baik dia juara pecut . Kalau tak , mahu disumpah menjadi ungka kedua dia kalau dicium si ungka itu ! Eeee , geli geleman bulu romanya memikir kejadian tadi .


    "Habis berpeluh muka aku ! Macammana nak masuk ini ? Kalau Dayang tengok muka aku berminyak ini , mahu digelak tak berhenti ! Baik lap muka dulu"


Puteri ketambun bergerak ke arah ampain yang penuh dengan baju . Diambil sehelai seluar kecik yang sangka kain tangan berwarna kelabu taik anjing itu lalu dilap mukanya . Selepas puas mengelap , disidai kembali kain itu di tempat asal . Tanpa dia sedari , ada CCTV yang memerhati .


*********************


        "KETAMBUN..!!!!"bergegar istana kerajaan Air Batu Cendol itu apabila mendengar suara Sultan Gurindam yang bak petir memanah ke bumi itu .


       "Ya bapak !"Puteri Ketambun bergegas ke ruang tamu apabila mendengar namanya di panggil . Sudah kelihatan Ibundanya dan kedua orang kakandanya yang sudah bersimpuh di atas sofa buatan Penesonika itu.


      "Berani-berani nya kamu menggunakan seluar kecik kesayangan bapak bagi mengelap peluh kamu ! Biadap sungguh kamu ya !"

     "LOL . Sejak bila pula saya menggunakan spender bapak sebagai pengelap muka ? Bapak salah orang ni !"Puteri Ketambun menidakkan .

    "Ni ape kemendenyaa ?"Sultan Gurindam menengking anaknya lalu melempar sekeping gambar bersaiz 4R . Kelihatan di gambar itu dengan jeles llagi bersuluh torchlight , Puteri Ketambun sedang mengelap mukanya dengan seluar dalam milik Sultan Gurindam . Selekeh benoo ~ Terkejut Puteri Ketambun melihat bukti kukuh sekukuh gam gajah tersebut . Peluh betinanya mulai keluar .

   "Bapak ! Sekarang zaman moden ! Ni mesti ada orang cuba fitnah saya . Sekarang ada banyak cara nak fitnah orang . Photoshop ada , Photoscape ada . Picasa pun ada . Alah bapak ! Jangan percaya ini semua lah ! Mengarot ! "dengan selamba Puteri Ketambun melempar gambar tersebut ke arah bapaknya . Dia sebenarnya takut . Namun , dia masih berlagak selamba agar bapaknya yang tua kerepot itu lembut hati .


    "Kepala tengkorak kau ! Kalau itu boleh di edit , ini pula ?"Sultan Gurindam membaling sebuah video-camp ke arah Puteri Ketumban . Puteri Ketumban menyambut lalu membuka video yang terdapat di dalam kamera jenama Sani itu .

 Apabila ditekan button Play , tertayanglah segala perilaku tak senonoh yang telah dilakukan Puteri Ketambun pada tempoh hari . Puteri Ketambun sudah resah . Terasa dirinya seakan kerdil dan kecil . Nasibnya bakal bertukar menjadi buruk !


      "Kamu dihukum dibuang kerajaan dan dicampak ke bumi untuk selama-lamanya !!!"

Dunia Puteri Ketambun serta merta blackout ~




#Mengarut kan ? HAHAHA . Ini khas untuk Moyang aku iaitu NUR AINI YUSRIZA BINTI YUSOF !
Cerita ini just untok have fun ! Ada sambungan tauu !