Selamat Membaca :3

Thanks for visiting my blog yang macam cikai ni . Aku memang tk reti nak hias . Just simpe and its really SIMPLE ><
Btw , maaf kalau story aku tk best dan tk menarik . Aku maseh dalam proses percubaan . Maseh tk de ilmu pengetahuan .
Maaf , Maaf dan Maaf !
Hope you enjoyyyyyy :3

#Dah buat yang wajib ? Buat dulu , bace kemudian keyyy ?

Friday, 2 December 2011

Hikayat Nenek dan Kembar .

Ini sambungan dari Hikayat Puteri Ketambun . Tentang aku dan kembar aku ,Nor Aida .


Enjoyyyyy :3


******************************

Terdamparlah Puteri Ketambun di sebuah Kerajaan Bumi yang tidak tahu namanya setelah dibuang Kerajaan Air Batu Cendol . Sebelum dibuang , Sultan Gurindam telah mengingatkan Puteri Ketambun agar menukar namanya bagi mengelak dia diancam bahaya .  Puteri Ketambun telah menukar namanya kepada Aini a.k.a Jamban sementelah dia dibuang kerajaan melalui jamban istana .


Aini yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi , bagaikan Gorilla masuk City Square kerana begitu teruja melihat sekelilingnya . Ada manusia sepertinya tetapi lebih 'miskin' lagi kerana baju yang dipakai mereka semuanya ketat-ketat dan pendek-pendek .

     "Ahh ! Kesiannya mereka . Kerana begitu miskin , baju pun hanya satu meter . Tidak mengapalah , nanti bila aku pulang ke kerajaan ku , akan ku sedekah kain untuk mereka ."Aini begitu sedih melihat orang-orang disitu tanpa dia ketahui bahawa itu sudah menjadi trend manusia di bumi .

    "Masya-Allah ! Hey kamu ! "Aini menjerit memanggil seorang gadis yang berpakaian tanpa lengan yang berjalan di hadapannya . Gadis yang terasa dirinya dipanggil , memandang ke arah si pemanggil .

   "Ya kak ?"

   "Saya tahu hidup awak terlalu miskin sampai terpaksa berkemban untuk keluar , tapi ... "

   "Kau ini kenapa ? Gila ?!"Gadis itu terus berlalu pergi dengan marah .

  "Orang tegur pun nak marah . Moon Coming lah tu "Aini mencebik .


************************

Sudah dua jam dia berjalan-jalan dia bumi itu . Namun tiada apa yang dia jumpa .Perutnya sudah berlagu-lagu menyanyikan lagu dangdut , minta di isi .

    "Sabarlah perut .Aku pun lapar juga"

Aini menyambung langkahnya yang tiada hala tuju itu . Tiba-tiba , dia ternampak sebuah kolam yang berwarna hijau . Kolam itu berpagar di sekelilingnya .

   "Wahh ! Sungai ! Mesti dalam itu ada banyak ikan . Tapi kenapa warna hijau ? Ermm .. Mungkin di Bumi air sungai bewarna hijau ."Aini cuba menyedapkan hatinya .

   "Macam mana nak masuk ? Ermm . Hahh ! Jumpa pun !"melalui sebuah lubang kecil , Aini memasuki 'sungai' itu tanpa membaca papan tanda yang terdapat di luar 'sungai' itu .



                                                   Loji Kumbahan Taman Melewati
                                                             Beware of the Shit !



******************************



Berbekalkan jaring yang dirembat dari rumah mak cik timah , Aini pun memulakan operasi menjaring 'ikan' .
Dicedok-cedok air didalam 'sungai' itu . Namun tiada apa pun yang di jumpa . Hanya lah 'tahi' yang disangka lumut .

     "Mana ikan ni . Dah dua jam aku sauk . Satu apa pun tak jumpa . Sabar Aini , sabar !"

Aini sambung menyauk kembali . Peluh di dahi tidak dikhuatiri . Di dalam kepala ada misi . Perut yang bising perlu di isi !

Tengah Aini menyauk , tiba-tiba dia mendengar suara tangisan bayi . Dia menoleh kanan , kiri , atas , depan . Namun objek yang dicari tidak dijumpai . Aini mula beras seram sejuk .

    "Wahai hantu , janganlah keluar sekarang . Kalau nak keluar pun , tunggu lah aku habis makan . Lapar ni "

Tangisan tadi terus berbunyi . Aini sudah tidak dapat menahan diri . Bunyi bising itu harus dicari . Buat ikan aku bertempiaran lari !

   "Ehh apa tu ?"

Nun jauh di seberang sana , kelihatan dua orang bayi sedang merangkak-rangkak ke arahnya . Sedang bayi itu merangkak , tiba-tiba salah seorang daripadanya tegelincir lalu elok je tergolek dalam 'sungai' tuh .

   "Ya Allah !"sepantas kilat Aini berlari mengambil bayi yang masih merangkak tadi . Bayi yang tergolek tadi dibiarkan dahulu .

   'Lebih baik selamatkan yang tak tergolek dulu  . Kang dua-dua tergolek haru pulak jadinya . Bongok lah baby ni . Habis lari semua ikan aku  Agak-agak lah kalau nak tergolek pun . Bengap !'Aini memarahi bayi yang sudah tergolek tadi dalam hati .

   'Isn't he supposed to save me first ?'Bayi yang sudah terkapai-kapai tadi berkata dalam hati .

Lima minit kemudian , barulah bayi yang lemas tadi diambil lalu diletakkan di tempat yang selamat . Muka bayi tadi sudah bertukar menjadi THE HULK kerana sudah terlalu banyak menelan air loji .

  "Korang ni slack ar ! Menyemak je kat sini ! Mana mak korang ? Suruh dia kutip korang kat sini balik ! Aku nak chow dulu ! Chow Chin Chau !"Aini berlalu pergi . Belum sempat dia menyambung tugasnya yang tergendala sebentar tadi , bayo-bayi tadi menangis seperti meminta untuk tidak ditinggal . Aini mula berasa sayu dan pilu . Dia kembali ke pokok yang telah dia tinggalkan bayi tadi .

  "Hai korang ni harok lah ! Ye lah Ye lah ! Aku janji aku jaga korang !"Aini memberi kata putus . Bayi-bayi ersenyum riang seolah memahami .

  "Nama kau bayi yang comel lote ni , Nor Aida ! Bayi loji yang buat haru ni pulak , Nur Faizah . Call me Mama . Okay ?"

Bermula lah sebuah kisah sebuah keluarga yang kecil tetapi haru biru :DD


************************

#Another story yang mengarottt ><"